Thursday, January 28, 2010

STRAWBERRY SWISS ROLL



Hari ini kak xana telah menyiapkan tempahan daripada seorang cikgu di Sek Keb Petani Jaya. Strawberry Swiss Roll special request dari anaknya yang juga merupakan rakan sedarjah anak kak xana. Swiss Roll ini kak xana sapukan strawberry filling di dalamnya. Swiss roll ini juga telah dipotong siap-siap di atas permintaan pelanggan. Terima kasih cikgu Saedah untuk tempahan ini....semoga berpuas hati.






Purple Sign
glitter graphics
,

Monday, January 18, 2010

CHOC MOIST B'DAY CAKE.....TO ME



Kek Choc. Moist ini kak xana buat untuk menjamu selera bersama keluarga sempena hari lahir kak xana pada hari ini. Maka bertambah lah lagi angka umur ini di dalam meniti kehidupan di Bumi Allah. Bersyukur kepadaNya di atas segala Nikmat kurniaanNya. Pada usia ini kak xana hanya berdoa agar kak xana sentiasa menginsafi diri dan bersyukur di dalam menjalani kehidupan seharian....amin.






Purple Sign
glitter graphics
,

Saturday, January 9, 2010

CHEESE TARTS TIGA RASA



Masih menerima tempahan cheese tarts...kali ini tempahan datang jauh di utara Kedah, iaitu Changlun, dari seorang kawan kak xana yang telah 29 tahun tidak bertemu dan akhirnya terjumpa di facebook. Terima kasih Yus...di atas sokongan yang diberi. Sebanyak 45 biji cheese tarts ditempah yang terdiri daripada blueberry,strawberry dan choc. cheese tarts.

Wednesday, January 6, 2010

CHOC CHEESE TARTS



Biasanya kebanyakan pelanggan tempah blueberry/strawberry cheese tarts daripada kak xana. Tapi pembuka tahun 2010 ini kak xana telah menerima permintaan untuk choc cheese tarts. Ini adalah kali pertama kak xana menerima tempahan choc cheese tarts. Tempahan ini datang dari Kulim. Terima kasih ya....harap berpuas hati.






Purple Sign
glitter graphics
,

Tuesday, January 5, 2010

SWISS ROLL KAYA PANDAN



Swiss roll kaya pandan ini dibuat atas permintaan anak kak xana yang bongsu untuk dijadikan hadiah harijadi kawan dia di sekolah.










Purple Sign
glitter graphics
,