Thursday, November 25, 2010

KEK FONDANT TEMA BIRU PUTIH






Kek hantaran fondant yang bertemakan warna biru + putih ini ditempah oleh seorang pelanggan dari Sungai Petani juga. Beliau cuma berkehendakkan kek yang simple dan kecil sahaja...jadi,kak Xana hanya buatkan vanila buttercake yang bersaiz 7in. x 7in. Maka inilah hasilnya...Terima kasih kepada kak Noriah di atas kesudian menempah kak hantaran ini.



Purple Sign
glitter graphics
,

CUPPIESBLEU


Vanilla Cuppies + buttercream + sugarpaste flowers




Cupcakes ini ditempah untuk dijadikan hantaran perkahwinan . Bertemakan warna biru dan putih...maka layak lah kak Xana menamakan cupcakes ini sebagai " Cuppiesbleu". Pelanggan kak Xana ini cuma mahukan cupcakes perasa vanila yang kak Xana hiaskan dengan buttercream dan sugar flowers serta manik-manik gula. Asyik rasanya bila mendeko cupcakes warna pastel seperti biru langit ini....:)) Terima kasih di atas tempahan yang diterima....





Purple Sign
glitter graphics
,

Friday, November 19, 2010

KEK HANTARAN TEMA MAROON




Dek kerana kesuntukan masa disebabkan sambutan Aidil Adha dan undangan kenduri yang bersusun di dalam jadual , kak Xana tidak dapat memenuhi permintaan untuk membuat kek fondant. Untuk tidak menghampakan pelanggan ini...kak Xana cuma mampu mencadangkan kek butter perisa strawberry yang dihias dengan buttercream dan buah-buahan segar yang terdiri daripada strawberry serta anggur...bertema warna maroon. Semoga berpuas hati dengan kek hantaran ini dan terima kasih diucapkan kepada Dr. Salmah di atas tempahan ini.






Purple Sign
glitter graphics
,

KEK PRUNE


Ringkas...itu saja yang boleh kak Xana katakan tentang kek harijadi ini. Kek Prune ini ditempah oleh jiran kak Xana sehari selepas Raya Haji tempoh hari...permintaannya tidak mahu sebarang coating pada kek,cuma ucapan "Happy Birthday" sahaja...jadi,inilah hasilnya....just a simple prune birthday cake....terima kasih di atas tempahan ya.





Purple Sign
glitter graphics
,

Saturday, November 13, 2010

KEK HARIJADI PISTOL



Macam-macam minat anak-anak kita.....Kali ini kak Xana terima tempahan kek harijadi untuk peminat pistol pula....Jadi,ini lah hasilnya kek harijadi tema pistol dan gari yang kak Xana hasilkan. Ia merupakan kek butter yang disalut dengan buttercream dan kemudiannya dihias dengan fondant yang kak Xana bentukkan pistol & gari serta bintang-bintang untuk dihias di atas kek. Terima kasih di atas tempahan....secara tidak langsung kak Xana dapat menggarap lagi kebolehan kak Xana di dalam seni menghias kek ini....




Purple Sign
glitter graphics
,

Saturday, November 6, 2010

KEK GUITAR



Agak gusar juga bila menerima tempahan kek ini...sebab inilah pertama kali kak Xana membuat kek guitar. Syukur lah menjadi....:) Tempahan kek harijadi ini datang daripada kawan kak Xana khas untuk anak perempuannya yang menginginkan kek bentuk guitar...Oleh kerana jemputan tidak ramai,jadi kak Xana cuma buatkan sebiji kek Choc. Moist yang dihiasi dengan buttercream dan sekadar meletak replika guitar eletrik di atasnya. Replika guitar itu sendiri merupakan kek yang telah kak Xana bentukkan menjadi sebuah guitar yang kemudiannya dibalutkan dengan fondant dan dihiasi dengan tali guitar yang kak Xana hasilkan dengan mengguna spaghetti. Syukur...kerana tuan empunya kek ini dan ibunya berpuas hati....terima kasih di atas tempahan yang diterima dan sokongan yang diberi....








Purple Sign
glitter graphics
,

KEK RACING TRACK



Kek harijadi khas untuk birthday boy yang mengimpikan "racing track" .... Ini merupakan kek butter yang dihiaskan dengan buttercream dan track pula dibuat daripada biskut oreos yang dihancurkan. Keliling kek dihias dengan gula2 jelly...:)






Purple Sign
glitter graphics
,