Tuesday, May 22, 2012

SELAMAT BERTUNANG







Lagi....cupcakes hantaran bertema blue turqoise yang ditempah daripada kak Xana sebagai hantaran di hari pertunangan. Memang sah lah warna ini "color of the year" untuk 2012 ni..:) cupcakenya pula kak Xana buatkan perasa oren.Semoga tuan empunya diri yang menempah ini berpuas hati ya. Terima kasih Mas dari Laguna Merbok kerana tidak jemu menempah daripada kak Xana selama ini.

Tuesday, May 15, 2012

PENGUMUMAN !!


PERHATIAN UTK. SEMUA PELANGGAN YANG INGIN MEMBUAT TEMPAHAN DI XANA'S HOME BAKERY....
TARIKH DARI 27HB. - 31HB. MEI , HINGGA 1HB. JUN KAK XANA TIDAK DAPAT MENERIMA SEBARANG ORDER YE...DISIBABKAN DAH FULLY BOOKED!! MAKLUM SAJA LAH KAN...MUSIM KENDURI DAH BERMULA...
SESIAPA YANG INGIN MENEMPAH , SILA BUAT UNTUK TARIKH SELAIN YANG DINYATAKAN.
SEKIAN....TERIMA KASIH.




Purple Sign
glitter graphics
,

Tuesday, May 8, 2012

CUPCAKES HARIAN






Memperkenalkan produk terbaru kak Xana... assorted cupcakes yang boleh didapati setiap hari selagi stok masih ada. Setiap pek mengandungi 4 biji cupcakes dalam dua jenis perisa . Perisa cupcakes ini tak tetap ya....ikut, perisa apa yang dibuat pada hari tersebut dan bergantung pada prinsip " first come, first served" ...maknanya, siapa dulu... dia dapat !!






Purple Sign
glitter graphics
,

Wednesday, May 2, 2012

KEK DRUM




29hb. April, yang lalu adalah hari lahir anak bongsu kak Xana yang ke-14 tahun. Setiap tahun dari hari ulangtahun yang pertama hingga lah mereka dah besar panjang ni...kak Xana sentiasa buatkan untuk anak-anak kak Xana kek harijadi dari hasil air tangan kak Xana sendiri. Kalau dibuka balik album gambar sambutan harijadi anak-anak...macam2 rupa kek yang ada...:)) Anak bongsu kak Xana ni memang minat main alat muzik semenjak remaja ni...jadi, untuk tahun 2012  kak Xana hadiahkan kek fondant bentuk drum lah . Biasanya kak Xana buatkan kek berkrim...tapi, kali ini saja nak buat deco fondant pula.....HAPPY 14TH. BIRTHDAY my son, Haziq....:))





Purple Sign
glitter graphics
,