Thursday, February 20, 2014

KEK PRINCESS


Photo: Princess Cake.. 

Telah agak lama juga kak Xana tak menerima tempahan kek bertema princess ni...Terima kasih Linda kerana sudi menempah kek princess untuk sambutan harijadi anaknya yang pertama...Amani. Kek yang diminta ialah kek butter bertema princess dengan deco buttercream.

DOOR GIFTS


Photo: Door gifts : Muffins + buttercream topping

Bertema warna baby blue dan baby pink...kak Xana menerima tempahan chocolate & vanilla muffins dan apom polkadots untuk dijadikan door gift dan kudapan di majlis perkahwinan seorang pelanggan dari Kuala Lumpur. Terima kasih Ms. Tan kerana sudi membuat tempahan daripada kak Xana. Semoga berpuas hati....


Photo: Apom polkadots for wedding ceremony...

 

KEK HARIJADI TIGA SERANGKAI


Photo: Blueberry Creamcheese Butter cake + fondant deco birthday cake... 

Ini lah kali pertama kak Xana terima tempahan kek harijadi tiga biji sekali gus daripada seorang pelanggan dari Kuala Lumpur yang menyambut harijadi anak , ibu & ibu mertua dan bapanya serentak. Kak Xana anggap ini sebagai kek harijadi tiga serangkai ! Kek untuk ibu dan ibu mertua ialah blueberry creamcheese butter cake yang dengan deco fondant. Kek untuk anaknya yang menyambut ulangtahun ke-2 pula ialah kek red velvet dengan creamcheese frosting bertema Upin & Ipin. Akhir sekali kek buat ayahanda yang dikasihi ialah kek chocolate banana....Terima kasih di atas sokongan yang diberi...


Photo: Upin & Ipin Red Velvet birthday cake...

Photo: Chocolate Banana birthday cake...

APOM LADYBIRD & BUMBLE BEE


Photo 

Tempahan dua jenis apom polkadots berbentuk ladybird dan bumble bee yang agak mendapat sambutan sejak akhir-akhir ini...Terima kasih di atas tempahan.

Photo





HANTARAN KEK RED VELVET FONDANT

 
Photo: Kek Red Velvet fondant bentuk dome yang ringkas sebagai hantaran... 

Sedikit unik dari segi bentuknya...tempahan ini datangnya dari Sg. Petani...di mana pelanggan ini meminta kak Xana buatkan kek red velvet hantaran yang berbentuk dome dan deco fondant dengan tema warna hijau dan maroon. Terima kasih adik Firdaus di atas tempahan ini ya...

KEK HARIJADI PADANG BOLA

 
Photo: Simple Red Velvet birthday cake with creamcheese frosting 
Kek harijadi yang ringkas sahaja...kek red velvet bertema padang bola daripada creamcheese frosting.

MIXED APOM POLKADOTS

 
Photo: Mixed polkadots sebagai hadiah tahun baru

Photo: Mixed Apom Polkadots..


Tempahan apom polkadots kali ini sedikit istimewa sebab ianya tempahan jauh daripada seorang anak yang duduk jauh di perantauan...nun dari Chicago, USA kepada ibunya sebagai hadiah sambutan tahun baru 2014 yang diiringi dengan jambangan bunga. Terima kasih Shuhana di atas tempahan dan kepercayaan yang diberi.
 

ANNIVERSARY BLUEBERRY CHEESECAKE


Photo: Blueberry Cheesecake utk wedding anniversary

Ringkas dan sedap...itu permintaan  empunya blueberry cheesecake ni untuk sambutan hari ulangtahun perkahwinan beliau, Terima kasih.



 

Tuesday, February 18, 2014

LAGI...APOM POLKADOTS STRAWBERRY

 
Photo: Strawberry Polkadots 

Tempahan apom polkadots strawberry  lagi...

BLUEBERRY CHEESECAKE

 
Photo: Blueberry Cheesecake 


Blueberry Cheesecake untuk harijadi,

PELBAGAI APOM POLKADOTS


Photo: Apom polkadots Ladybirds..Bumble bees...& Strawberries :)



Apom polkadots ladybird...bumble bee & strawberry...ditempah khas untuk jamuan majlis pertunangan di Kuala Nerang. 

CUPCAKES MAJLIS PERKAHWINAN


Photo: Cupcakes + buttercream yang mengiringi kek fondant 3 tingkat...:) Tema peach & pink... 


Bertema peach dan pink...cupcakes cokelat dan butter ini mengiringi kek kahwin tiga tingkat . Terima kasih Muna.

KEK KAHWIN FONDANT TIGA TINGKAT (STACKED)

 
Setelah sekian lama...ini lah kali pertama kak xana memberanikan diri menerima tempahan sulung untuk kek kahwin tiga tingkat (stacked) dengan deco fondant. Alhamdulillah dengan rezki yang dikurniakanNya. Terima kasih kepada customer Muna dari Gurun , Kedah di atas kepercayaan yang diberi.


 

APOM LADYBIRDS

 
Photo: Tempahan apom polkadot ladybirds... 

Tempahan apom polkadots ladybird....:)



KEK FONDANT PERTUNANGAN


Photo: KEK FONDANT BERTEMA WARNA PINK UNTUK MAJLIS PERTUNANGAN... 

Lagi...kek chocolate moist yang dideco dengan fondant bertema warna pink yntuk majlis pertunangan.



KEK KAHWIN BUTTERCREAM

 
Pelanggan ini hanya inginkan kek kahwin setingkat sahaja dan simple...kek yang diminta ialah chocolate moist cake yang dihias dengan buttercream bertema peach & hijau.

POLKADOTS STRAWBERRY

 
Photo
Apom polkadots strawberry berinti jem strawberry.

CUPCAKES UNTUK HARIJADI

Photo: Birthday  cuppies... order dari customer di terengganu untuk dihantar ke  yan...
Chocolate cupcakes dengan deco buttercream dan buah-buahan untuk sambutan harijadi yang ditempah oleh pelanngan dari Terengganu.

 

PINK HANTARAN FONDANT


Photo: Kek hantaran pertunangan fondant bertema warna pink lembut...

 


Agak lama juga blog kak Xana ni bersawang...tak update dek kesuntukan masa...Secara ringkas kak Xana agak sibuk dengan pelbagai urusan sejak November 2013 yang lalu. Post ni pun agak lewat dah...so layan jer lah ye...:) Ini kek hantaran fondant untuk majlis pertunangan yang bertema pink lembut...