Saturday, May 30, 2009

CHOC. KUKUS CUPPIES


Ini pertama kali kak xana cuba buat choc. cake yang dikukus.Resipi ni kak xana ambil dari Yatie's Cooking. The outcome is not bad...tapi rasanya ia perlukan sedikit improvement lagi kalau hendak dimasukkan ke dalam list jualan kak xana.Kek ini kak xana buat untuk minum petang.

Monday, May 25, 2009

BIRTHDAY CUPPIES

Kak xana suka cupcakes...ia comel dan senang dimakan...just a bite size!Untuk edarkan kepada orangramai dalam majlis tertentu pun senang...cupcakes yang kak xana hasilkan ikut lah concept apa yang customer request.Ini gambar cupcakes yang kak xana buat untuk birthday anak bongsu kak xana baru-baru ni. Just a simple design,dengan choc. smarties ditengahnya untuk dijamu kepada orang.Actually, cupcakes ni datang bersama mini size cake sebagai center piece yang mana design & warnanya matching.Keknya pula kak xana buat choc. buttercake sebab kanak-kanak memang amat suka anything with chocolate!Selalunya kalau jamu choc. cakes mesti habis licin!Mak budak pun suka juga....Well,need any details? Just contact me...

LOVE FONDANT



Kek fondant bentuk love ini ditempah oleh Dr. Salmah dari Klinik Bersatu yang juga merupakan my neighbor.She requested just a small one....so,yang ini kek bersaiz 1/2kg.Dalamnya kak xana gunakan kek buah.Tapi boleh juga kalau nak guna butter kek lain.Kek ni hantaran dari pihak perempuan untuk pihak pengantin lelaki...jadi,kak xana buatkan dalam warna peach & putih + ropol-ropol di tepinya.Selebihnya dihias dengan readymade flower bouquet & royal icing.

Sunday, May 24, 2009

HANTARAN PERTUNANGAN



Memang ramai diantara customer kak xana yang order choc. moist cake untuk makan2 atau majlis harijadi dan hantaran.Ini gambar hantaran choc.moist yang ditempah oleh seorang customer dari KL melalui kakaknya untuk majlis pertunangan anaknya yang diadakan di Kedah.This customer requested just a simple choc. moist cake with gold concept.
Sekeliling kek tu kak xana letak biskut jejari yang dicelup dengan choc dan dililit dengan gold ribbon.On top pula just a simple touch of gold beads bersama bunga hantaran yang juga ada sentuhan warna keemasan.

Thursday, May 21, 2009

KEK HANTARAN

Ini kek hantaran choc. moist yang ditempah oleh seorang kawan di Sik .

Wednesday, May 20, 2009

CAKES & MYSELF


Salam perkenalan...

I'm kak xana,a mother of two teenager sons.Sebelum ini pernah bekerja makan gaji,tapi sekarang dah jadi housewife dan menjalankan perniagaan bakery secara kecil-kecilan dari rumah.Akhirnya, kak xana telah memberanikan diri untuk create blogs sendiri...alhamdulillah. Oleh kerana kak xana tinggal di Sg. Petani jadi tempahan hanya boleh diterima dari sekitar SP dan juga mana-mana kawasan yang berhampiran je....Untuk sesiapa yang berminat boleh lah call/sms ke 019-4762059
untuk keterangan lanjut.Di sini kak xana post kan gambar kek...tapi maaf lah sebab tak berapa clear sebab ambil dengan hand set dan tak expert sangat...baru belajar lah katakan...insyaallah di masa akan datang akan lebih baik posting nye....Untuk permulaan kak xana post yang ini dulu.