Bertemakan warna kuning-putih... set cupcakes + hiasan buttercream ini ditempah oleh pelanggan dari Kulim , Kedah. Semoga berpuas hati dengan cupcakes ni... :)
Bertemakan warna putih dan ungu...itu lah permintaan daripada pelanggan yang menempah cupcakes hantaran untuk majlis pertunangan kali ini. Cupcakes yang dibuat ialah chocolate butter cake dan deko buttercream roses & tulisan fondant. Terima kasih Zu kerana sudi menempah daripada kak Xana...
Bertemakan merah + pink + putih , tempahan ini datang dari pelanggan di UITM Merbok . Syarat yang diberi..."kak Xana buatlah deco macamana pun...asalkan jangan berbunga-bunga sebab cupcakes ni untuk kawan lelaki, dan kalau boleh nak ada bentuk love..." Maka terhasil lah cupcakes berkonsep tie & kemeja diiringi dengan cap/topi macam dipaparkan di sini. Di dalamnya adalah kek perasa cokelat. Terima kasih Ika...kerana sudi menempah dari kak Xana ya...semoga berpuas hati .
Masih menerima tempahan bertema turqoise...kali ini kak Xana menambah sedikit keceriaan pada warna deco cupcakes hantaran yang ditempah oleh jiran kak Xana ini. Bermain dengan warna biru dan pink,,,memberi kesegaran pada cupcakes hantaran ini. Terima kasih kak Ida di atas tempahan..semoga berpuas hati ya.
Lagi....cupcakes hantaran bertema blue turqoise yang ditempah daripada kak Xana sebagai hantaran di hari pertunangan. Memang sah lah warna ini "color of the year" untuk 2012 ni..:) cupcakenya pula kak Xana buatkan perasa oren.Semoga tuan empunya diri yang menempah ini berpuas hati ya. Terima kasih Mas dari Laguna Merbok kerana tidak jemu menempah daripada kak Xana selama ini.
Nampaknya, tahun ni kak Xana banyak terima tempahan tema warna turqoise lah pulak...Color of the year agaknya...ya? :)) Kali ini customer nak pattern yang sama seperti kak Xana pernah buat sebelum ini...cuma, bezanya customer tak mahu ada apa2 tulisan ucap selamat di atas cuppies. Kak Xana diminta untuk buat semua susunan bunga penuh untuk bahagian tengah cuppies ni.... Semoga berpuas hati di atas cuppies hantaran yang diminta ya..Puan Rusnah dari Taman Petani Jaya...
Ini tempahan cupcakes fondant untuk majlis pertunangan yang kak Xana terima daripada Atikah yang tinggal di Bedong. Turqoise menjadi pilihan warna tema yang diminta...dan dipadankan dengan deco bunga gumpaste warna pastel. Oleh kerana bunga gumpaste warna pink kehabisan stok....kak Xana menggantikannya dengan warna lavender. Mulanya kak Xana agak risau juga ..takut-takut pelanggan tak bekenan dengan padanan warna ini...Tapi, alhamdulillah....kerana nampaknya, pelanggan kak Xana ni....berpuas hati dengan deco cupcakes turqoise ini setelah dihantar kepadanya. Terima kasih Atikah di atas tempahan cupcakes hantaran ni ya....walaupun, pada mulanya ada silap faham sikit tentang tempat penghantaran kek ni ya....bila difikir-fikirkan , agak lucu juga....mana lah tahu, rupanya ada nama taman yang sama dgn landmark yang sama pula tu ...hingga ke nama kedai runcit pun sama!! Tapi, rupa-rupanya....Atikah maksudkan Tmn. Permai , Bedong....yang kak Xana pula sangkakan Tmn. Permai, Sg. Petani....hahaha..:D Apa-apa pun moga-moga ini bukan kali terakhir kita berurusan ya....:))
Ramai yang mengambil kesempatan semasa cuti perayaan Tahun Baru Cina ini untuk mengadakan majlis kenduri kahwin / pertunangan. Kak Xana telah menerima 4 jenis tempahan untuk dijadikan hantaran majlis pertunangan daripada seorang pelanggan dari Penang , untuk diberikan kepada adik iparnya yang tinggal di Sg. Petani...Terima kasih ya Jasmin, kerana sudi menempah dari kak Xana dan menaruh sepenuh kepercayaan :) Antara tempahan Jasmin itu ialah 1 set fondant cupcakes, blueberry & strawberry cheese tarts, mini chicken pies dan apom polka dots....Semoga berpuas hati...
Tempahan cupcakes fondant bertema hijau ini ... khas untuk majlis pertunangan. Secara ringkasnya cupcakes perisa pandan sebanyak 8 biji semuanya disaluti soft fondant dan gumpaste roses sebagai hiasan. Terima kasih kepada Cikgu Sapina di atas kepercayaan yang diberi...semoga berpuas hati dengan tempahan cuppies ini.
Di samping sebiji kek fondant berbentuk hati, kak Xana juga menerima tempahan untuk cupcakes hantaran bersaiz L daripada Juwita. Terima kasih ya...Wita kerana menaruh sepenuh kepercayaan kepada kak Xana dengan tempahan ini. Cupcakes ini juga bertemakan warna goldish brown.
Sedikit berbeza daripada kebiasaan , deco kali ini kak Xana tidak terlalu tertumpu kepada tema bunga-bungaan. Lebih mudah kerana pelanggan tidak meletakkan sebarang tema. Jadi untuk cupcakes hantaran kali ini kak Xana buatkan deco tuxedo dan topi daripada fondant. Order ini juga datangnya dari Siti sebagai hadiah untuk adik angkatnya...terima kasih ya...:)
Cupcakes ini ditempah untuk dijadikan hantaran perkahwinan . Bertemakan warna biru dan putih...maka layak lah kak Xana menamakan cupcakes ini sebagai " Cuppiesbleu". Pelanggan kak Xana ini cuma mahukan cupcakes perasa vanila yang kak Xana hiaskan dengan buttercream dan sugar flowers serta manik-manik gula. Asyik rasanya bila mendeko cupcakes warna pastel seperti biru langit ini....:)) Terima kasih di atas tempahan yang diterima....
Sesiapa berminat untuk membuat tempahan boleh hubungi kak xana untuk details di 016-
Kek Kahwin
Selayang Pandang
Xana's Home Bakery beroperasi di Sg. Petani, Kedah.Berlandaskan "home based business" segala produk yang dihasilkan adalah "freshly baked" dan menggunakan bahan-bahan yang berkualiti.Kepuasan pelanggan adalah keutamaan.