Showing posts with label Kek Hantaran Buttercream. Show all posts
Showing posts with label Kek Hantaran Buttercream. Show all posts

Saturday, September 26, 2015

KEK HANTARAN



Kek hantaran ini dibuat untuk pelanggan kak Xana dari P. Pinang... yang meminta kek ringkas yang sesuai untuk diberi kepada pihak lelaki. Maka fikir punya fikir.... terhasil lah deco yang begini rupanya... :) Kek di dalamnya ialah butter cake  yang dihias dengan buttercream.






Purple Sign
glitter graphics
,

Friday, October 25, 2013

HANTARAN STRAWBERRY BUTTER CAKE



Kek butter berperisa strawberry  dengan deco buttercream bertema warna pink-purple ditempah untuk hantaran pertunangan. Corak cornelli berwarna purple ini adalah permintaan khas dari customer...ia memberi efek seolah-olah kain lace di atas kek. Terima kasih Eliza kerana terus memberi sokongan dan kepercayaan kepada kak Xana..semoga berpuas hati dengan kek  tersebut.      




Purple Sign

glitter graphics




Saturday, December 25, 2010

HANTARAN BUTTERCREAM


Kek butter+buttercream+sugarpaste flower bouquet



Tempahan ini daripada anak saudara kak Xana untuk majlis perkahwinannya yang berlangsung pada cuti Christmas semalam 25 Dec. Permintaannya cuma kek hiasan buttercream yang ringkas...jadi, ini lah hasilnya. Bertemakan warna hitam & merah...kak Xana cuma deco corak cornelli saja di atas kek untuk mendapatkan efek seolah-olah sehelai hamparan lace...:)






Purple Sign
glitter graphics
,

Friday, November 19, 2010

KEK HANTARAN TEMA MAROON




Dek kerana kesuntukan masa disebabkan sambutan Aidil Adha dan undangan kenduri yang bersusun di dalam jadual , kak Xana tidak dapat memenuhi permintaan untuk membuat kek fondant. Untuk tidak menghampakan pelanggan ini...kak Xana cuma mampu mencadangkan kek butter perisa strawberry yang dihias dengan buttercream dan buah-buahan segar yang terdiri daripada strawberry serta anggur...bertema warna maroon. Semoga berpuas hati dengan kek hantaran ini dan terima kasih diucapkan kepada Dr. Salmah di atas tempahan ini.






Purple Sign
glitter graphics
,

Wednesday, October 7, 2009

KEK PERTUNANGAN

M


Ini juga adalah gambar yang terlewat posting ye...baru berkesempatan.Kek ini adalah kek pertunangan yang kak xana buat untuk adik ipar kak xana yang telah melansungkan majlis pertunangannya pada hari raya ke-3 yang lepas.Inilah pertama kali kak xana mencuba buttercream roses di atas kek hantaran.Excited juga!! Kak xana sekadar membuat kek butter di dalamnya dan dihias dengan buttercream berperisa oren.Saiz kek hantaran ni 9in. iaitu 1kg.Agak lama juga tak buat deco anyaman...so,kak xana pun buat je untuk kek adik ipar ni...