Showing posts with label Buttercream Cupcakes. Show all posts
Showing posts with label Buttercream Cupcakes. Show all posts

Saturday, September 26, 2015

CUPCAKES HANTARAN 2015


Bertemakan warna kuning-putih... set cupcakes + hiasan buttercream ini ditempah oleh pelanggan dari Kulim , Kedah. Semoga berpuas hati dengan cupcakes ni... :)









Purple Sign
glitter graphics
,

Thursday, August 21, 2014

BUTTERCREAM CUPCAKES




Terima kasih Feeza kerana sudi membuat tempahan cupcakes ini...Semoga berpuas hati. Cupcakes yang ditempah ini adalah dari perasa strawberry...yang dihias dengan topping buttercream dua tema warna iaitu biru dan sweet pink. 



Purple Sign 
glitter graphics
,

Tuesday, February 18, 2014

CUPCAKES MAJLIS PERKAHWINAN


Photo: Cupcakes + buttercream yang mengiringi kek fondant 3 tingkat...:) Tema peach & pink... 


Bertema peach dan pink...cupcakes cokelat dan butter ini mengiringi kek kahwin tiga tingkat . Terima kasih Muna.

Sunday, June 2, 2013

CUPCAKES HANTARAN PERTUNANGAN


 


Bertemakan warna putih dan ungu...itu lah permintaan daripada pelanggan yang menempah cupcakes hantaran untuk majlis pertunangan kali ini. Cupcakes yang dibuat ialah chocolate butter cake dan deko buttercream roses & tulisan fondant. Terima kasih Zu kerana sudi menempah daripada kak Xana...

 
 
 
  glitter graphics
Purple Sign

,

Monday, November 19, 2012

DOOR GIFT CUPCAKES



Al-kisahnya tempahan kali ini datangnya dari UITM Merbok. Biasa lah apabila pelanggan membuat panggilan telefon untuk menempah kek, mereka akan panggil 'akak' pada kak xana ni....tapi, kali ini dari awal lagi...kak xana dah rasa macam tak sedap hati saja membahasakan diri sebagai 'akak' kepada si pemanggil ni...hingga lah pada hari penghantaran cupcakes ni....Alahai...dek non ooiii!!! bila dah berjabat tangan segalanya...terus saja lah kak xana yang perasan 'muda' ni bersuara..."macam ni kena panggil 'makcik' lah ...tak boleh panggil 'akak'....hahahaha..:D " Rupa-rupanya, pelanggan kali ini nampaknya lebih kurang sebaya dengan umur anak sulung kak xana...mana lah boleh panggil 'akak' dek non ooiii....maka itu lah sedikit story nya...:) Apa pun....Nadia...makcik xana ucapkan terima kasih kerana sudi menempah cupcakes ini yang sebenarnya untuk dijadikan door gift semasa presentation di kelas nanti...terima kasih juga kepada kawan-kawan Nadia yang datang bersama tu juga...makcik xana ucapkan GOOD LUCK ya...


 Cupcakes berperisa cokelat dengan deco buttercream bertema biru & putih, swirls & alphabets yang apbila disusun akan menghasilkan perkataan " CRIME PREVENTION"



glitter graphics

,

Sunday, July 15, 2012

DOOR-GIFT CUPCAKES


 

Cupcakes saiz L berperisa cokelat dan vanila yang dihias dengan simple buttercream topping menjadi pilihan sebagai door-gifts untuk majlis kemasyarakatan yang diadakan di salah sebuah masjid di sini. Terima kasih di atas tempahan yang kak xana terima daripada setiausaha masjid tersebut.Semoga berpuas hati hendaknya...:)


 
 
 
 
 
Purple Sign

,

Thursday, December 9, 2010

SWEET PINK CUPCAKES

Strawberry cuppies + buttercream topping


"Tolong buatkan cupcakes untuk makan-makan dengan family...." Itu lah permintaannya daripada kak Xana. Tiada sebarang tema ditetapkan...jadi,kak Xana bebas berkreatif...:) Hasilnya ini lah..cupcakes perasa strawberry dan dihias dengan buttercream berperisa strawberry juga. Untuk deco kali ini kak Xana hanya fokus kepada dua warna sahaja iaitu pink dan hijau....terima kasih Siti di atas tempahan yang diterima. Semoga berpuas hati.








Purple Sign
glitter graphics
,

Saturday, May 22, 2010

CUPCAKES OREN

Cupcakes Oren + Buttercream Topping


Walaupun bisnes kak xana ini tak sehebat mana...tapi, kak xana sangat bersyukur kerana dikurniakan ramai rakan-rakan yang menyokong kak xana selama ini dan yang menjadi pendorong untuk kak xana terus berada di sini. Seperti tempahan cupcakes oren ini...datangnya dari seorang sahabat yang tinggal di Kelab Cinta Sayang di sini. Cupcakes ini ditempah untuk anaknya bawa pulang ke asrama. Terima kasih Faz di atas kepercayaan yang diberi...semoga berpuas hati dengan cupcakes tu....:)


Ini gambar close up deco cupcakes oren yang kak xana hasilkan khas untuk anak Faz....tema bunga-bungaan.



Ini pula ialah cupcakes oren extra yang kak xana pek ke dalam dome casing...Cuppies ini ada pembeli jua akhirnya....:))




Purple Sign
glitter graphics
,

Sunday, March 7, 2010

BIRTHDAY CUPPIES



Vanilla & strawberry butter cake + topping buttercream + fresh grape + oreo cookies + sugarpaste flowers/butterflies + piping jelly




Kali ini kak xana menerima tempahan cupcakes untuk birthday. Soal jenis kek hingga ke dekorasi kek semuanya diserah 100% kepada kak xana....jadi,senang lah kerja...boleh bebas berdeko. Cupcakes ini adalah hadiah kejutan dari seorang isteri kepada seorang suami yang juga merupakan seorang hakim di Mahkamah Syariah Sg. Petani. Kak xana telah diminta supaya membuat penghantaran kejutan ke pejabat Tuan hakim...hmmm...how romantic!! Cupcakes ni kak xana buat mix & match...butter cake cuppies gabungan perasa vanila dan strawberry. Kak xana harap tuan empunya cupcakes ni berpuas hati....dan terima kasih di atas tempahan yang dibuat melalui kakak beliau yang juga merupakan sahabat kak xana...terima kasih di atas tempahan dan sokongan yang diberi...lain kali order lagi yer....:))






Purple Sign
glitter graphics
,

Sunday, July 5, 2009

PEK CUPCAKES

Salah satu cara untuk pek buttercream cuppies ialah dengan menggunakan cupcakes plastic containers seperti dalam gambar-gambar yang kak xana post ni.Cara ini sesuai kalau kita nak edarkan kepada tetamu pada majlis tertentu.Ianya kemas dan juga termasuk dalam kategori budget packaging.Jika ingin diletakkan tags pada pek pun boleh....di Sweet Cuppies kak xana ada menyediakan beberapa jenis tags jika diperlukan.Some other time I'll post the pictures of available personalized tags here.Tunggu je....




Pelbagai cupcakes boleh dipek mengikut citarasa pelanggan.

ASSORTED CUPCAKES


Ini choc. cupcakes yang kak xana namakan Lavender Choc. Cuppies....



Chocolate cupcakes ni diberi design yang simple je...



Just a simple decoration for my little butter cupcakes which I named it ButterRose Cuppies.



Cuppies ini namanya Orange Sweets.



Strawberry Swirl Cuppies. Dalamnya sudah tentu strawberry cupcakes ye...



Ini pula Cherry Cuppies yang menggunakan vanila cupcakes.



Disebabkan atas cuppies tu ada blueberry jam,jadi kak xana namakan Blueberry Strike Cuppies.Dalamnya choc. cupcakes.


Inilah rupanya cuppies yang belum disapukan buttercream.Di sini ada perasa strawberry,vanila,orange dan chocolate.