Tuesday, March 29, 2011

APAM DOT DOT



Bila kak Xana blog hopping dari blog ke blog....tertarik betul kak Xana dengan kecomelan dan keceriaan warna apam dot dot ni. Maka terdetik lah di hati kak Xana untuk mencubanya. Sebenarnya, kak Xana sendiri pun tak pernah rasa apam dot dot. Dalam banyak-banyak resipi di internet, kak Xana mencuba resipi dari blog teratakdhia.blogspot.com ....maka inilah hasilnya cubaan pertama kak Xana membuat apam dot dot. Untuk kali ini , kak Xana guna dua jenis inti yang memang dah tersedia ada di rumah ni....filling blueberry & filling strawberry. Rasa-rasanya kalau guna inti kacang merah pun sedap juga untuk apam dot dot ni...mungkin lain kali kak Xana boleh cuba ya...




Purple Sign
glitter graphics
,

Monday, March 14, 2011

CHOC MOIST UTK DUA BERADIK



Tempahan dua biji kek choc. moist kali ini adalah untuk dua beradik yang meraikan majlis harijadi mereka pada hari yang sama. Hiasan kek yang diminta hanya ringkas sahaja. Jadi, untuk kakaknya yang berusia 12 tahun, kak Xana letakkan princess edible image...manakala untuk adik lelakinya yang berusia 10 tahun pula keknya dihias di tengah dengan beberapa kuntuman wafer roses sahaja. " Selamat Hari Lahir " diucapkan buat adik Amirul & Hanis...semoga semua berpuas hati dengan kek choc. moist tu.....:)



Purple Sign
glitter graphics
,