KEPADA SEMUA UMAT ISLAM...KAK XANA UCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK. SEMOGA SEGALA AMALAN KITA DITERIMA & DIBERKATI ALLAH SWT... DAN SEMOGA RAMADHAN KALI INI AKAN KEBIH BAIK BUAT KITA SEMUA....AMIN.
Tempahan 1/2 kg chocolate moist birthday cake untuk sicilik Nor Auni Husna yang ke-5 tahun...:) Semoga berpuas hati...& terima kasih di atas tempahan yang diterima dari bapanya....
Tempahan cupcakes fondant bertema hijau ini ... khas untuk majlis pertunangan. Secara ringkasnya cupcakes perisa pandan sebanyak 8 biji semuanya disaluti soft fondant dan gumpaste roses sebagai hiasan. Terima kasih kepada Cikgu Sapina di atas kepercayaan yang diberi...semoga berpuas hati dengan tempahan cuppies ini.
Kek harijadi No.1 ini terpaksa kak Xana buat secara manual kerana serata kedai yang kak Xana pergi untuk mendapatkan acuan kek No.1 ni dah kehabisan stok....Jadi, kena lah kak Xana mencantum-cantumkan kek sebesar 2kg ini menjadi nombor yang dikehendaki oleh tuan empunya kek...:) Kek ini khas untuk anaknya Aliff Danial yang menyambut hari lahir yang pertama. Seperti yang diminta, keknya ialah kek chocolate moist...yang dihiasi dengan kombinasi fondant + chococolate ganache...siap dengan 2 biji sports car lagi sebagai hiasan ...Apa-apa pun, kak Xana gembira kerana dapat menghasilkan dan meluahkan segala kreativiti untuk kek sebegini. Terima kasih Ina dari Gurun,Kedah kerana sudi menempah...:)
Inilah tempahan sulung apam polka dots yang kak Xana terima...dua jenis filling iaitu filling peanut butter & filling kaya. Sebanyak 100 biji semuanya dan kak Xana buat dlm versi dua warna sahaja untuk kali ini : pink & purple...sweet gitu..:) Rasanya sesuai untuk jamuan harijadi baby umur 1 tahun yang diadakan .Terima kasih Ina di atas tempahan...semoga berpuas hati ya.
Sesiapa berminat untuk membuat tempahan boleh hubungi kak xana untuk details di 016-
Kek Kahwin
Selayang Pandang
Xana's Home Bakery beroperasi di Sg. Petani, Kedah.Berlandaskan "home based business" segala produk yang dihasilkan adalah "freshly baked" dan menggunakan bahan-bahan yang berkualiti.Kepuasan pelanggan adalah keutamaan.