skip to main |
skip to sidebar
Telah agak lama juga kak Xana tak menerima tempahan kek bertema princess ni...Terima kasih Linda kerana sudi menempah kek princess untuk sambutan harijadi anaknya yang pertama...Amani. Kek yang diminta ialah kek butter bertema princess dengan deco buttercream.
Bertema warna baby blue dan baby pink...kak Xana menerima tempahan chocolate & vanilla muffins dan apom polkadots untuk dijadikan door gift dan kudapan di majlis perkahwinan seorang pelanggan dari Kuala Lumpur. Terima kasih Ms. Tan kerana sudi membuat tempahan daripada kak Xana. Semoga berpuas hati....
Tempahan dua jenis apom polkadots berbentuk ladybird dan bumble bee yang agak mendapat sambutan sejak akhir-akhir ini...Terima kasih di atas tempahan.
Sedikit unik dari segi bentuknya...tempahan ini datangnya dari Sg. Petani...di mana pelanggan ini meminta kak Xana buatkan kek red velvet hantaran yang berbentuk dome dan deco fondant dengan tema warna hijau dan maroon. Terima kasih adik Firdaus di atas tempahan ini ya...
Kek harijadi yang ringkas sahaja...kek red velvet bertema padang bola daripada creamcheese frosting.
Tempahan apom polkadots kali ini sedikit istimewa sebab ianya tempahan jauh daripada seorang anak yang duduk jauh di perantauan...nun dari Chicago, USA kepada ibunya sebagai hadiah sambutan tahun baru 2014 yang diiringi dengan jambangan bunga. Terima kasih Shuhana di atas tempahan dan kepercayaan yang diberi.
Ringkas dan sedap...itu permintaan empunya blueberry cheesecake ni untuk sambutan hari ulangtahun perkahwinan beliau, Terima kasih.
Tempahan apom polkadots strawberry lagi...
Blueberry Cheesecake untuk harijadi,
Apom polkadots ladybird...bumble bee & strawberry...ditempah khas untuk jamuan majlis pertunangan di Kuala Nerang.
Bertema peach dan pink...cupcakes cokelat dan butter ini mengiringi kek kahwin tiga tingkat . Terima kasih Muna.
Setelah sekian lama...ini lah kali pertama kak xana memberanikan diri menerima tempahan sulung untuk kek kahwin tiga tingkat (stacked) dengan deco fondant. Alhamdulillah dengan rezki yang dikurniakanNya. Terima kasih kepada customer Muna dari Gurun , Kedah di atas kepercayaan yang diberi.
Tempahan apom polkadots ladybird....:)
Lagi...kek chocolate moist yang dideco dengan fondant bertema warna pink yntuk majlis pertunangan.
Pelanggan ini hanya inginkan kek kahwin setingkat sahaja dan simple...kek yang diminta ialah chocolate moist cake yang dihias dengan buttercream bertema peach & hijau.
Apom polkadots strawberry berinti jem strawberry.
Chocolate cupcakes dengan deco buttercream dan buah-buahan untuk sambutan harijadi yang ditempah oleh pelanngan dari Terengganu.
Agak lama juga blog kak Xana ni bersawang...tak update dek kesuntukan masa...Secara ringkas kak Xana agak sibuk dengan pelbagai urusan sejak November 2013 yang lalu. Post ni pun agak lewat dah...so layan jer lah ye...:) Ini kek hantaran fondant untuk majlis pertunangan yang bertema pink lembut...