skip to main |
skip to sidebar
Salam 2015 buat semua pengunjung blog Sweet Cuppies. Rasanya masih belum terlambat untuk kak Xana mengucapkan "SELAMAT TAHUN BARU" buat semua. Alhamdulillah...masih dikurniakan Allah swt dengan kesihatan & kudrat yang baik untuk melangkah ke tahun 2015...dan syukur juga kerana perniagaan baking yang bermula dari hobi memasak kak Xana ini masih bertahan hingga ke hari ini. 2014 merupakan tahun yang penuh dengan ujian bagi kami sekeluarga dengan kehilangan kedua ibubapa yang tercinta di awal tahun tersebut dan diikuti lagi dengan beberapa episod kehilangan ahli keluarga yang terdekat buat selama-lamanya. Semoga roh mereka tenang disana...Aamiin.
Apa jua pun yang berlaku...hidup masih diteruskan....Insya Allah. Semoga tahun 2015 ini akan membawa keberkatan...kejayaan...dan ketenangan. Melangkah ke tahun baru ini juga kak Xana ( atau bagi sesetengah anak-anak di luar sana...boleh panggil Makcik Xana dah ni...hehehe.. ) akan mula mengambil tempahan untuk TALAM BERLAUK, LASAGNA & BAKED MACARONI sebagai tambahan kepada senarai produk yang sedia ada. Outlay blog Sweet Cuppies ini juga dalam proses pengubahsuaian & akan diberi nafas baru untuk terus berfungsi sebagai medium online business di alam maya ini. Itu lah di antara perubahan-perubahan yang bakal berlaku di tahun 2015 ini...Insya Allah.
Di kesempatan ini juga kak Xana ingin mengucapkan terima kasih di atas sokongan yang telah diberi oleh mereka yang pernah menjadi pelanggan kak Xana selama ini. Semoga kita dapat terus berurusan di masa-masa akan datang. Sebagai penutup bicara... SELAMAT MENEMPUH 2015!
Layan...
Tempahan penutup 2014 dan pembuka tirai 2015
Blueberry Cheesecake
* Doorgift Muffins
* Apom polkadots Ladybird
* Lasagna & Baked Macaroni
* Container Mini Muffins
*Talam Berlauk
*Tat Nyonya