Tuesday, December 29, 2009

MAKAN DONUTS



Donuts ini di buat untuk makan petang...sengaja dipelbagaikan ala-ala dunkin donuts atas permintaan anak-anak kak xana.










Purple Sign
glitter graphics
,

Monday, December 21, 2009

CUPCAKE HANTARAN

Cupcakes ini kak xana buat sebagai hantaran di majlis perkahwinan anak sepupu kak xana yang telah berlangsung pada 20hb Dis. 2009. Bertemakan merah & putih...Selamat Pengantin Baru Asmiera.


Vanila cupcakes + royal icing topping + gumpaste flowers










Purple Sign
glitter graphics
,

SAMPLE CUPCAKE




Salam semua...dah agak lama juga ye tak bercerita pasal baking...hujung-hujung tahun ni selalunya macam tu lah...biasanya kak xana tak banyak ambil order kerana sibuk dengan undangan kenduri kahwin dan aktiviti cuti-cuti malaysia sempena cuti sekolah yang panjang. Tak berapa hari lagi sesi persekolahan pun dah nak mula...so,tamat lah sudah masa rehat buat kak xana. Di sini kak xana post photo sample cupcake yang kak xana buat selepas pulang dari Bangi baru-baru ni.Cuma buat vanila cupcake yang dihias dengan topping royal icing.





Purple Sign
glitter graphics
,

Friday, December 11, 2009

OLE-OLE DARI CAMERON

Menjadi benda wajib yang di bawa balik dari Cameron Highland sudah tentu lah strawberries..mengancam warnanya dan besar...borong dua tiga pek lah juga....


Selain strawberries, ole-ole lainnya sudah tentu pelbagai teh dengan pelbagai rasa yang banyak di jual kat kedai-kedai sepanjang jalan Cameron . Masa on the way balik tu..sempat singgah di Rose Valley yang banyak betul kedai-kedai yang menjual produk Cameron Highland. Kalau nak murah...kak xana rasa inilah tempat yang sesuai untuk berbelanja. Di sini kak xana banyak membeli sayur-sayuran segar,bunga segar dan bunga kering yang dijual cara longgok...dalam RM10 je...

Kelopak bunga ros pelbagai warna ini pula kak xana beli untuk dijadikan potpourri...satu pek lebih kurang saiz A4 ...Hari tu nyonya kedai tu offer,so kak xana dapat 4 pek dengan harga RM5 saja...harga sebenar satu pek RM2.Ini pun didapati di Rose Valley juga....


Ini lah hasil bunga segar yang telah digubah bila sampai di rumah...semua bunga ni cuma RM10 je di Rose Valley...


Ini pula semua kelopak bunga rose yang bersiap sedia untuk dimasukkan ke dalam oven...Haa...bukan kek saja yang dibakar dalam oven tau! Bunga pun boleh!!
Inilah hasilnya kelopak bunga rose yang siap kering menjadi potpourri dan hanya tunggu untuk digaulkan dengan potpourri oil saja...:) Bunyi macam buat biskut lah pulak....






Purple Sign
glitter graphics
,

SEKITAR CAMERON

Setiap kali bercuti ke Cameron Highland inilah satu-satu tempat yang tak pernah jemu kak xana kunjungi & berposing..Olde' Smoke House. Dari zaman kanak-kanak sampai lah dah tua ni...inilah my favorite place kat Cameron.Suasana kat sini seolah-olah kita ada di zaman colonial gitu...



Ini pula berposing kat Cameron Valley atau Bharatt Tea Plantation yang famous tu....kak xana borong sakan juga teh kat sini...kalau boleh semua nak...tapi tak lah...ambil yang perlu je...



Suasana berkabus di Bharatt Plantation...Tapi, dari apa yang kak xana tengok...Cuaca sejuk di Cameron tak seperti dulu dah...kalau masa zaman '80an dulu, pukul 7:00 pm tu rasa sejuk tu dah membuatkan wap keluar dari mulut kita bila bercakap...macam masa musim sejuk kat oversea...tapi,sekarang ni tak ada dah suasana macam tu...mungkin sebab dah banyak bukit-bukit dan pokok-pokok digondolkan kot...



Ini pula gambar ladang strawberries yang sempat dilawati. Puas rasanya makan strawberries kat sini...besar-besar dan manis...


Kak xana asyik sekali bila melihat bunga-bunga di Cameron yang tumbuh subur dan segar...cantik sungguh! Especially roses..








Purple Sign
glitter graphics
,

Thursday, December 10, 2009

MENUJU CAMERON HIGHLAND


Masih lagi cerita-ceritet cuti-cuti Malaysia...meneruskan perjalanan ke Cameron Highland kak xana berhenti rehat sebentar di Restoran Jejantas Hentian Sungai Buloh..sambil mencari bekalan untuk dibawa dalam perjalanan seterusnya. Haziq,anak bongsu kak xana ni perutnya mesti kena nasi dulu...kalau tak asyik buat perangai je lah. Disamping nasi...gerai dalam gambar tu ada menjual kek,roti & cookies juga. Kak xana sempat juga membelek-belek cupcakes yang dibuat hantaran di gerai tu..tapi,lupa pulak nak snap gambarnya...




Dunkin' Donuts...ahh...sedapnya...lama betoi tak makan donuts ni. Dah jumpa di Hentian Sg. Buloh tu...apa lagi..terus sambar je lah untuk bekalan dalam perjalanan nanti. Oleh kerana perut masih kenyang dengan roti canai yang dimakan masa breakfast di Bangi tadi,kak xana tak makan lunch dah...cuma minum segelas teh o ais yang di bawah tu je...



Lepas perut dah kenyang semua,kak xana & family pun teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya....Cameron Highland. Husband kak xana nak cuba jalan baru melalui Simpang Pulai sebab tak pernah melalui jalan tu lagi.Biasanya,ke Cameron melalui Tapah saja. Bagi kak xana jalan Simpang Pulai ni lebih selesa dengan jalan lebar dan selekoh yang landai...rasa lebih selamat nak naik ke Cameron Highland.



Kami sampai di Cameron Highland dah agak petang juga...seperti biasa lah tempat penginapan tak pernah booking in advace...so,kena pergi cari hotel dulu lah. Terus ke Brinchang dan dapat sebuah budget hotel milik bumiputera juga, Hotel Wira Awan yang selesa. Inilah gambar family room yang kak xana sekeluarga menginap di Cameron Highland. Ada satu katil queen + katil single + extra satu tilam ....








Purple Sign
glitter graphics
,

SINGGAH PUTRAJAYA


Plan asal nak ke Putrajaya masa hari pertama di Bangi...tapi,dek keletihan...tak jadi lah pergi malam tu.So,on the way balik ke utara kami pun singgah lah sekejap khas untuk anak kak xana yang sorang ni. Nanti bila ditanya macamana Putrajaya tu...boleh jugak diceritanya.Tapi, bila jalan-jalan macam ni... tak cukup sorang anak lagi...kak xana rasa kurang seronok juga lah! Tak cukup korum....











Purple Sign
glitter graphics
,

SEHARI DI BANGI

Kak xana sekeluarga hanya berada di Bangi untuk satu malam sahaja..tak sempat jalan mana-mana pun. Cuma berkesempatan ronda-ronda di Seksyen 9 saja...dekat tasik tu...disebabkan hari dah malam,dan tak familiar sangat dengan jalan di Bangi tu,tak dapat lah nak ronda banyak pun..hanya sempat jenguk-jenguk kawasan berhampiran PKNS Bangi tu je...snap gambar dekat tasik saja lah... Sebenarnya,hati teringin nak cari kedai menjual barangan kek yang di rekomen oleh Sally dari Sally's Sweet Treats...tapi tak sempat lah Sally nak mencarinya..dah malam...mata pula rabun...Tapi insyaallah, next week nak pergi sana lagi ambil anak kak xana balik,mungkin sempat nak cari-cari kedai tu kot...


Ini hubby dan anak bongsu kak xana berposing di tepi tasik tu...




Hari berikutnya 7hb. Dis. kami meninggalkan Bangi dan menuju ke Putrajaya dan terus ke Cameron Highland.Pagi tu lepas check-out dari Hotel Lanai,kami sekeluarga cuma breakfast dekat gerai depan hotel tu je...pekena roti canai yang di atas tu....



Ini lah rupa Hotel Lanai di luar....







Purple Sign
glitter graphics
,

MENUJU BANGI


Sampai di Bangi waktu tengahari...terus cari tempat penginapan Lanai Hotel yang kak xana tahu melalui carian di internet. Sebenarnya tak booking in advance pun...tapi alhamdulillah,ada bilik kosong...jadi,terus check-in je....Untuk sesiapa yang just nak stay for a short while di Bangi... budget hotel ni amat selesa dengan bilik yang luas dan harga yang rendah...Ini lah gambar bilik tu...Standard Room.



Oleh kerana waktu melawat bagi ibubapa hanya dibenarkan dari pukul 3:00ptg hingga 6:00 ptg...sempat lah kak xana rehat sebentar dan freshen-up badan dulu...So,petang baru pergi jenguk anak kak xana yang masa tu tak berapa sihat...jadi,kak xana pun bawa ke klinik di B.B Bangi tu..kebetulan kena hari Ahad pulak....jenuh jugak lah pusing cari Klinik 24jam. Layar lah gambar-gambar di bawah ni....



Ni gambar anak sulung kak xana di depan kolej penginapan...tu muka orang demam...


Ini pula door gift yang semua peserta Permata Pintar dapat masa Hari Perasmian pada 6hb. Dis. tu...cantik door gift ni....



Dah seminggu makan nasi di kolej...so, selepas bawa anak kak xana ke bilik hotel mandi semua...bawa lah dia makan di kedai mamak yang berhampiran...lupa pulak nama kedai mamak tu...tapi ,masakan kat situ ok juga.Anak kak xana tu kena 2 ketul ayam..lega lah demam kot...yang sorang lagi tu menu dia nasi je...kak xana pula pekena mee goreng mamak ni....


Sedap.....mee mamak & jus carrot susu.



Memasuki terowong Jelapang.......


Keesokan harinya 6hb.Dis. selepas breakfast,kak xana meneruskan perjalanan ke Bangi. Hari tu cuaca mendung dan hujan...



Seperti biasa bila berjalan jauh....hubby mesti berhenti sebentar di mana-mana R&R di sepanjang hi-way tu...biasa lah freshen up sikit...Ini gambar kuih pau kelapa keluaran Al-Ain yang sempat kak xana snap masa kat Hentian Sg. Perak. Sedap tau pau tu...









Purple Sign
glitter graphics