Thursday, December 10, 2009

MENUJU CAMERON HIGHLAND


Masih lagi cerita-ceritet cuti-cuti Malaysia...meneruskan perjalanan ke Cameron Highland kak xana berhenti rehat sebentar di Restoran Jejantas Hentian Sungai Buloh..sambil mencari bekalan untuk dibawa dalam perjalanan seterusnya. Haziq,anak bongsu kak xana ni perutnya mesti kena nasi dulu...kalau tak asyik buat perangai je lah. Disamping nasi...gerai dalam gambar tu ada menjual kek,roti & cookies juga. Kak xana sempat juga membelek-belek cupcakes yang dibuat hantaran di gerai tu..tapi,lupa pulak nak snap gambarnya...




Dunkin' Donuts...ahh...sedapnya...lama betoi tak makan donuts ni. Dah jumpa di Hentian Sg. Buloh tu...apa lagi..terus sambar je lah untuk bekalan dalam perjalanan nanti. Oleh kerana perut masih kenyang dengan roti canai yang dimakan masa breakfast di Bangi tadi,kak xana tak makan lunch dah...cuma minum segelas teh o ais yang di bawah tu je...



Lepas perut dah kenyang semua,kak xana & family pun teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya....Cameron Highland. Husband kak xana nak cuba jalan baru melalui Simpang Pulai sebab tak pernah melalui jalan tu lagi.Biasanya,ke Cameron melalui Tapah saja. Bagi kak xana jalan Simpang Pulai ni lebih selesa dengan jalan lebar dan selekoh yang landai...rasa lebih selamat nak naik ke Cameron Highland.



Kami sampai di Cameron Highland dah agak petang juga...seperti biasa lah tempat penginapan tak pernah booking in advace...so,kena pergi cari hotel dulu lah. Terus ke Brinchang dan dapat sebuah budget hotel milik bumiputera juga, Hotel Wira Awan yang selesa. Inilah gambar family room yang kak xana sekeluarga menginap di Cameron Highland. Ada satu katil queen + katil single + extra satu tilam ....








Purple Sign
glitter graphics
,

No comments:

Post a Comment