Saturday, July 25, 2009
KEK BUTTER
Tempahan daripada Puan Suria ibu kepada rakan sekolah anak sulung kak xana.
Resipi Kek Butter
250 gm butter
200 gm gula castor
5 biji telur
1/2 sudu kecil esen vanila
210 gm tepung naik sendiri
Cara Membuatnya:
1. Panaskan oven kepada suhu 180C dan lenserkan acuan 7in. x 7in.
2. Pukul butter dan gula hingga sebati.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan sambil dipukul sebati diantaranya.
4. Masukkan esen vanila dan dipukul hingga adunan sebati dan gebu.
5. Masukkan tepung yang telah diayak sedikit-sedikit sambil dikaup balikkan dengan menggunakan spatula atau senduk kayu hingga adunan sebati.
6. Tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah dilenserkan tadi dan dibakar selama 50 - 60 minit mengikut kepanasan oven masing-masing.
7. Setelah kek masak,sejukkan seketika kemudian keluarkan dari acuan dan biar kek sejuk sepenuhnya.
SELAMAT MENCUBA!
Labels:
Kek Butter,
Pelbagai Kek,
Resipi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment