Thursday, October 22, 2009

MUFFINS

STRAWBERRY MUFFINS





Ini lah rupanya bahagian dalam strawberry muffin....


BLUEBERRY MUFFINS






Bahagian dalam blueberry muffin....


Di sini kak Xana postkan beberapa gambar blueberry filling muffins dan strawberry filling muffins yang kak xana buat semalam.Untuk sesiapa yang sedang mencari resipi muffin...sila-sila lah mencuba resipi yang kak xana paparkan di sini.Sebenarnya,resipi muffin ni ada macam-macam versi...resipi di bawah ni pun kak xana dapat melalui laman web di internet yang kak xana dah ubahsuai sedikit.Resipi asal nya guna 2 1/2 cwn. fresh blueberries ,yang telah kak xana tukarkan kepada blueberry filling...


RESIPI :

1/2 cwn marjerin atau butter

1 1/4 cwn gula castor

2 biji telur gred A

1/4 cwn susu segar

2 sudu teh baking powder

1/4 sudu teh garam


2 cwn tepung gandum


Blueberry filling secukupnya ( boleh tukar dengan filling yang digemari...)

2 sudu teh gula perang


CARA MEMBUATNYA :

1. Sediakan acuan muffin dan panaskan oven kepada 180 C.

2. Ayak tepung bersama baking powder dan garam. Ketepikan.

3. Pukul majerin/butter dengan gula hingga sebati dan gebu.

4. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan dipukul hingga sebati.

5. Gaulkan tepung yang telah diayak tadi berselang-seli dengan susu ke dalam adunan butter.Gaulkan secara sedikit-sedikit hingga adunan sebati.

6. Kaupkan sedikit adunan ke dalam acuan muffin,kemudian letakkan blueberry filling ke dalamnya ( ini akan menjadi intinya ) dan tutup filling tu dengan adunan muffin lagi. Setelah itu, letakkan lagi blueberry filling ke atas adunan sebagai topping.Ulangi step ini hingga semua adunan habis.

7. Sebelum dibakar boleh taburkan ke atas setiap muffin dengan sedikit gula perang.Kalau tak suka...boleh skip je step ni.

8. Bakar muffin selama 25 - 30 min. atau sampai masak. Resipi ini menghasilkan lebih kurang 12 - 14 biji muffin bersaiz sederhana.

SELAMAT MENCUBA!!!

No comments:

Post a Comment