Friday, March 26, 2010

CARROT CAKE


Carrot cake + creamcheese topping



Salam...
Semenjak dua menjak ni...internet slow sangat...nak update blog pun susah dibuatnya. Situasi ini kekadang membuat kak xana rasa fed-up. Apa pun kita layar paparan untuk hari ni yer... Ceritanya semalam teringin sangat rasanya nak makan carrot cake! Memandangkan carrot pun ada...dan ada pulak lebihan creamcheese kat rumah...maka niat nak makan carrot cake tu diteruskan jua...walaupun peminatnya hanya kak xana seorang je dalam rumah ni...:) Kak xana cuma buat sebiji carrot cake bersaiz kecil saja...tapi, kali ni kak xana cuba guna resipi lain yang menggunakan butter. Selalunya kak xana buat carrot cake yang menggunakan minyak. Carrot cake ni agak ringkas saja bahan-bahannya...cuma ada parutan carrot saja...tanpa sebarang kekacang atau raisins di dalammnya. Hasilnya agak memuaskan...dan kak xana rasa untuk orang yang tak suka rasa serbuk kayu manis yang kuat atau rasa kekacang seperti walnuts...resipi ini sesuai sekali. Rasa carrotnya pun tidak begitu kuat...semuanya sedehana. Untuk frosting, kak xana cover kek ni dengan creamcheese topping ( hmmm....memang kegemaran kak xana....yummy!! ). Topping untuk carrot cake ni sebenarnya optional...untuk mereka yang tak suka topping,boleh makan plain saja....tapi, kak xana memang suka makan carrot cake bersama topping creamcheese ni...baru ada uuhhhmmpp....:D




Inilah rupa carrot cake kali ini sebelum diletakkan topping creamcheese. Saiz kek ialah 5.5in x 5.5in






Purple Sign
glitter graphics
,

Sunday, March 21, 2010

KEK BUTTER + KEK KUKUS LAPIS PRUNE




Dua biji kek ini ditempah oleh pelanggan dari Alor Setar. Terima kasih Maria di atas sokongan yang diberi dan juga promosi kepada kawan-kawan sekerja...jasamu dikenang....:)) Semoga lebih banyak tempahan lagi di masa akan datang...





Purple Sign
glitter graphics
,

Monday, March 15, 2010

KEK KUKUS LAPIS PRUNE



14hb Mac 2010 adalah tarikh keramat bagi kak xana kerana setelah sekian lama tidak bertemu ,akhirnya pada hari tersebut kak xana telah bertemu dengan ramai sahabat lama dari zaman persekolahan dahulu. Setelah 27 tahun meninggalkan sekolah, ini lah pertama kali kami mengadakan reunion day yang bertempat di Hotel EDC UUM Sintok. Bayangkanlah betapa riuh-rendahnya masing-masing mengimbau kenangan lalu dan berkongsi cerita terkini...sungguh gembira dan juga terharu...Sebagai meraikan , kak xana telah buat kek kukus lapis prune ini khas untuk semua rakan-rakan di sana...






Purple Sign
glitter graphics
,

Sunday, March 7, 2010

BIRTHDAY CUPPIES



Vanilla & strawberry butter cake + topping buttercream + fresh grape + oreo cookies + sugarpaste flowers/butterflies + piping jelly




Kali ini kak xana menerima tempahan cupcakes untuk birthday. Soal jenis kek hingga ke dekorasi kek semuanya diserah 100% kepada kak xana....jadi,senang lah kerja...boleh bebas berdeko. Cupcakes ini adalah hadiah kejutan dari seorang isteri kepada seorang suami yang juga merupakan seorang hakim di Mahkamah Syariah Sg. Petani. Kak xana telah diminta supaya membuat penghantaran kejutan ke pejabat Tuan hakim...hmmm...how romantic!! Cupcakes ni kak xana buat mix & match...butter cake cuppies gabungan perasa vanila dan strawberry. Kak xana harap tuan empunya cupcakes ni berpuas hati....dan terima kasih di atas tempahan yang dibuat melalui kakak beliau yang juga merupakan sahabat kak xana...terima kasih di atas tempahan dan sokongan yang diberi...lain kali order lagi yer....:))






Purple Sign
glitter graphics
,