Tuesday, December 18, 2012

DURIAN CREPE






Beberapa hari yang lalu , telah mencuba buat "Durian Crepe" buat pertama kali..hot sangat sekarang ni..jadi nak cuba lah jugak! Tapi, kak Xana tak guna filling fresh cream...sebaliknya guna pastry filling + isi durian. Resipinya:-

DURIAN CREPE...

250g. tepung gandum
3 biji telur ( kalau guna gred A, guna 2 biji shj.)
500ml. santan
1/2 s.teh garam
1 s.teh pes pandan @ warna hijau ( utk. kulit warna hijau)
1 s.teh pewarna kuning ( utk. kulit warna kuning)
--> kalau nak guna warna lain...silakan.

Caranya:-
1. Satukan semua bahan di atas & masukkan ke dlm. blender dan kisar. Kemudian, tapiskan.
2. panaskan non-stick pan dgn api yg kecil.Letak sikit minyak ke atas pan.
3. Tuang satu senduk adunan crepe ke dalam pan.
4. Angkat pan , lenggokkan bulat.
5. Bila dah masak, angkat dgn. perlahan...tak perlu diterbalikkan.
6. Letakkan filling di tengah crepe...lipat half-way (menutupi filling) , separuh bulat...kemudian lipat kiri & kanan dgn kemas dan lipat kan menjadi bentuk 4 segi.
7. Ulang proses di atas hingga adunan habis.

Pastry Filling :-
2 cwn. susu segar @ susu cair
1/2 cwn gula ( boleh dikurangkan)
4 biji kuning telur -- gred A
1 s.teh esen vanila
sedikit garam
6 s.besar tepung jagung
2 s.besar butter

Caranya:-
1. masukkan susu 1/4 dulu + gula ke dlm periuk. Masak dgn api yang kecil hingga sebati.
2. Masukkan kuning telur ...kacau.
3. masukkan esen vanila + garam...kacau sebati.
4. Masukkan tepung jagung susudu dahulu...kacau, kemudian masukkan baki susu dan tepung jagung semuanya serta masukkan juga butter.
5. Kacau sebeti hingga mendidih dan pekat.
6. Tutup api...tukar ke dlm mangkuk , tutup mangkuk dgn cling-wrap.Simpan dlm. peti ais selama 3 jam atau semalaman, baru diguna...

Filling Durian : ambil lebih kurang 400g. isi durian dan lecek.



 

 glitter graphics
Purple Sign

Monday, November 19, 2012

DOOR GIFT CUPCAKES



Al-kisahnya tempahan kali ini datangnya dari UITM Merbok. Biasa lah apabila pelanggan membuat panggilan telefon untuk menempah kek, mereka akan panggil 'akak' pada kak xana ni....tapi, kali ini dari awal lagi...kak xana dah rasa macam tak sedap hati saja membahasakan diri sebagai 'akak' kepada si pemanggil ni...hingga lah pada hari penghantaran cupcakes ni....Alahai...dek non ooiii!!! bila dah berjabat tangan segalanya...terus saja lah kak xana yang perasan 'muda' ni bersuara..."macam ni kena panggil 'makcik' lah ...tak boleh panggil 'akak'....hahahaha..:D " Rupa-rupanya, pelanggan kali ini nampaknya lebih kurang sebaya dengan umur anak sulung kak xana...mana lah boleh panggil 'akak' dek non ooiii....maka itu lah sedikit story nya...:) Apa pun....Nadia...makcik xana ucapkan terima kasih kerana sudi menempah cupcakes ini yang sebenarnya untuk dijadikan door gift semasa presentation di kelas nanti...terima kasih juga kepada kawan-kawan Nadia yang datang bersama tu juga...makcik xana ucapkan GOOD LUCK ya...


 Cupcakes berperisa cokelat dengan deco buttercream bertema biru & putih, swirls & alphabets yang apbila disusun akan menghasilkan perkataan " CRIME PREVENTION"



glitter graphics

,

Saturday, October 27, 2012

KEK BUAH KUKUS


Kepada sesiapa di luar sana yang meminati kek buah kukus....kak xana sedia menerima tempahan.Untuk yang tinggal di negeri-negeri lain selain Kedah...kek ini boleh diposkan, tapi... caj pos akan dikenakan ya. 

                                                             Saiz kek     :  8in. bulat
                                                             Kandungan : mixed fruits, badam biji, badam
                                                                                    cincang,walnuts                                                                      
                                                            
                                                              Harga         : RM60  sebiji



Purple Sign
glitter graphics
,

KEK HARIJADI ANA MUSLIM




Dalam kekalutan untuk  menyambut Aidil Adha , kak Xana juga sibuk menyiapkan tempahan kek harijadi dengan edible image Ana Muslim yang bersaiz 12in. x 12in. ini....tempahan ini kak Xana terima daripada seorang pelanggan yang tinggal jauh di KL sana...yang balik ke Kedah untuk menyambut hariraya dan meraikan majlis harijadi anaknya yang berusia 3 tahun di kampung halaman. Kek yang diminta ialah chocolate moist yang dihias dengan buttercream. Terimakasih Mariati kerana sudi menempah kek ini daripada kak Xana...semoga  berpuas hati.







Purple Sign
glitter graphics
,

Monday, October 15, 2012

FRIENDSHIP CUPCAKES







Bertemakan merah + pink + putih , tempahan ini datang dari pelanggan di UITM Merbok . Syarat yang diberi..."kak Xana buatlah deco macamana pun...asalkan jangan berbunga-bunga sebab cupcakes ni untuk kawan lelaki, dan kalau boleh nak ada bentuk love..." Maka terhasil lah  cupcakes berkonsep tie & kemeja diiringi dengan cap/topi macam dipaparkan di sini. Di dalamnya adalah kek perasa cokelat. Terima kasih Ika...kerana sudi menempah dari kak Xana ya...semoga berpuas hati .





Purple Sign
glitter graphics
,

Thursday, October 4, 2012

PUDING KARAMEL


Lama juga kak Xana tak buat puding karamel untuk makan2...memandangkan sekarang ni anak sulung kak Xana sedang cuti semester selama sebulan...maka kak Xana buatkan lah pencuci mulut kegemarannya ni. Sebenarnya, simple jer resipi puding karamel kak Xana ni...Untuk mereka yang ingin mencuba, di sini kak Xana share resipinya ya....
PUDING KARAMEL

5 biji telur ayam - saiz A
1 tin susu pekat manis
1 tin air ( guna tin susu tadi utk. sukat)
4-5 sudu makan gula --> utk. dijadikan gula hangus


Cara Membuatnya : 

* Tuangkan susu pekat manis ke dlm. sebiji mangkuk. Kemudian campurkan 1 tin air ke dalamnya dan dikacau sebati. Ketepikan.

* Di dalam mangkuk yang berasingan,pecahkan telur dan dipukul ( boleh guna mixer) hingga kembang.

* Setelah itu, satukan adunan telur bersama adunan susu tadi, dan kacau sebati. Tapiskan, adunan beberapa kali utk. kurangkan buih dan utk. mendapatkan tekstur yang lebih halus bila puding masak nanati.

* Sementara itu, panaskan acuan di dlm. periuk kukus . Sambil itu , gorengkan gula pada api sederhana hingga menjadi karamel. Angkat, dan cepat2 tuangkan ke dalam acuan di dlm periuk kukus tadi.

* Kemudian, tuangkan adunan puding yang telah ditapis tadi ke dlm. kukusan. Kukus selama lebih kurang 30-40 minit hingga puding masak. Angkat, dan sejukkan puding di dlm. peti sejuk . Setelah sejuk sepenuhnya, bolehlah diterbalikkan puding ke dlm. pinggan.

"SELAMAT MENCUBA"

Purple Sign
glitter graphics
,

Monday, October 1, 2012

CHOCOLATE CHEESECAKE



Agak lama juga kak Xana tidak menerima tempahan chocolate cheesecake ni...:) Alhamdulillah,masih ada lagi  peminatnya dan tempahan kali ini datang dari seorang pelanggan di Kulim.Terima kasih kerana sudi menempah lagi chocolate cheesecake dari kak Xana ya...enjoy!! :))



Purple Sign 
glitter graphics
,

Thursday, September 27, 2012

KEK BUKU TERBUKA



 Nampaknya ada lagi pelanggan yang berminat dengan kek harijadi bentuk buku ni...ya. Tempahan kali ini datangnya dari sahabat lama kak Xana yang tinggal di Kuala Nerang...khas untuk sambutan majlis harijadi dua orang anak-anaknya yang lahir dalam bulan yang sama ,September. Untuk harijadi ini, kak Xana buatkan buku yang terbuka dengan ucapan selamat yang dituju kepada dua orang "birthday boy" & "birthday girl". Di dalamnya kak Xana diminta untuk buatkan kek marble. Semoga Shirah sekeluarga berpuas hati dengan kek buku ni....:)







Saturday, September 15, 2012

KEK FONDANT BUKU


 Terima kasih Wani dari Merbok, yang sudi menempah kek fondant 3-D bentuk buku khas utk sambutan harijadi anaknya yang baru nak masuk umur setahun. Semoga berpuas hati dengan kek ni ya...Seperti yang diminta , di dalamnya ialah kek chocolate moist yang disalut dengan fondant dan dibentukkan menjadi sebuah buku yang bewarna lavender bersama tulisan bewarna turqoise,serta diiringi dengan sebatang pen fondant...:)








Purple Sign
  glitter graphics
,

Tuesday, July 17, 2012

RAMADHAN AL-MUBARAK









Alhamdulillah...kerana dikurniakan rahmatNya untuk kita terus menambah amalan  di bulan Ramadhan 1433 ini.Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang lepas. Di kesempatan ini kak Xana mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK buat semua pengunjung blog yang beragama Islam. Sama-sama lah kita menjalani ibadah puasa tahun ini dengan sebaik mungkin dan mudah-mudahan segala amalan kita di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini diterima oleh Allah swt...ameen. Kepada rakan-rakan bakers...dan juga rakan-rakan niaga yang lain...Semoga perniagaan anda semua maju jaya!! Hingga ketemu lagi!! salam Ramadhan buat semua...


P/S : KAK XANA TIDAK MENERIMA SEBARANG TEMPAHAN KEK HARIJADI/HANTARAN DI SEPANJANG BLN RAMADHAN INI YA....TEMPAHAN AKAN DIBUKA SEMULA SELEPAS HARIRAYA AIDILFITRI NANTI. HARAP MAKLUM!!





Purple Sign
glitter graphics
,

Sunday, July 15, 2012

DOOR-GIFT CUPCAKES


 

Cupcakes saiz L berperisa cokelat dan vanila yang dihias dengan simple buttercream topping menjadi pilihan sebagai door-gifts untuk majlis kemasyarakatan yang diadakan di salah sebuah masjid di sini. Terima kasih di atas tempahan yang kak xana terima daripada setiausaha masjid tersebut.Semoga berpuas hati hendaknya...:)


 
 
 
 
 
Purple Sign

,

Monday, July 2, 2012

SEMPERIT OREN vs. SEMPERIT STRAWBERRY





Sila...jemput rasa biskut semperit perisa oren & perisa strawberry !! Wahh!! mana-mana pergi sekarang dah mula nampak biskut raya...bulan Ramadhan dah hampir tiba dah ni...bermakna masing-masing juga dah mula sibuk fikir pasal biskut raya juga!! Tapi, semperit ini kak Xana buat untuk keluarga makan saja baru-baru ni...:) Tak ada apa-apa special occasion pun...saja lah teringin nak makan kuih semperit berperisa...Walaubagaimanapun, kalau ada yang berminat nak menempah...tiada halangan...silakan ya...:) 

Sunday, June 3, 2012

MARBLE EFFECT














Ini kali pertama kak Xana cuba buat deco fondant marble effect. Kek fondant ni kak xana buatkan sebagai hantaran perkahwinan adik kak xana baru-baru ini. Sebenarnya, kak xana kesuntukan masa sebab serempak dengan tempahan lain di musim cuti sekolah ni. Jadi, kak xana buatkan deco yang simple saja,,,,tak mau nampak plain sangat...maka kak xana cubalah buatkan fondant marble effect begini...






,

HANTARAN KIWI CHEESECAKE












Terima kasih Faz dari KCS Sg. Petani , di atas tempahan kiwi cheesecake ni ya...Semoga berpuas hati dengan deco untuk hantaran pertunangan.






Purple Sign 
 glitter graphics

,

CUPCAKES FONDANT


 
 
 Masih menerima tempahan bertema turqoise...kali ini kak Xana menambah sedikit keceriaan pada warna deco cupcakes hantaran yang ditempah oleh jiran kak Xana ini. Bermain dengan warna biru dan pink,,,memberi kesegaran pada cupcakes hantaran ini. Terima kasih kak Ida di atas tempahan..semoga berpuas hati ya.
 
 
 
 
 
 
  glitter graphics
,