Tempahan kali ini sebenarnya satu tugasan yang mencabar kreativiti kak Xana dalam menghias kek. Inilah kali pertama kak Xana membuat kek piano dari fondant. Tempahan kek piano ini datangya dari returned customer yang pernah beberapa kali menempah kek hantaran dan door gifts. " Assalamu'alaikum...Xana boleh tak buat kek harijadi bentuk piano ? "....itulah soalan pertama yang keluar semasa kak Xana terima panggilan telefon darinya. " hmmm...sebenarnya, saya tak pernah lagi buat kek piano kak...tapi, kalau nak cuba...boleh juga...insyaAllah ", itulah jawapan "berani" yang kak Xana beri...:)) Tak sangka pula...pelanggan ini beri sepenuh kepercayaan kepada kak Xana dan terus membuat tempahan kek piano khas untuk harijadi anaknya ini. kek piano yang diminta bertema hitam & putih...dan anaknya cuma inginkan kek piano yang dihiasi dengan beberapa keratan perkataan sahaja di atasnya. Perkataan-perkataan di atas kek piano itu diberi oleh pelanggan sendiri....jadi, kak Xana ikut saja kemahuannya. Khas untuk kek ini, kak Xana buat dua jenis kek iaitu kek marble dan kek cokelat yang kemudian diukir kepada bentuk piano, dan dibalut serta dihiasi dengan fondant hitam dan putih. Untuk keyboard pula...kak Xana gunakan kepingan hawflakes yang dibalut dengan fondant. Alhamdulillah....cubaan pertama kak Xana ini menjadi, dan pelanggan pun nampaknya sangat berpuas hati...Terima kasih kak Noriah di atas tempahan. :))
Disamping kek piano ini juga , kak Noriah menempah 50 biji cupcakes perasa vanila.
,
Interesting thhoughts
ReplyDelete