Friday, June 26, 2009

ANNOUNCEMENT!!

I HAVE ADDED A BLOG TRANSLATION WIDGET FOR THOSE ENGLISH OR OTHER LANGUAGE READERS OUT THERE...PLEASE FEEL FREE TO USE IT IF YOU NEED.ANYWAY,I'M SORRY THAT THE TRANSLATION MIGHT BE MIXED SINCE THERE ISN'T ANY DIRECT MALAY TRANSLATION AVAILABLE....BUT,ROUGHLY YOU'LL GET THE MESSAGE.....

Saturday, June 20, 2009

BLUEBERRY CHEESECAKE


Lagi tempahan yang diterima dari rakan sekerja husband di Celestica.Kali ini tempahan untuk blueberry cheesecake pula.Kawan husband kak xana yang sorang ni memang peminat cheesecake....so,inilah hasilnya.... Cheesecake yang kak xana hasilkan adalah baked cheesecake,100% cream cheese tanpa ditambah tepung ke dalamnya.

Thursday, June 18, 2009

MINI TARTS




Tempahan mini tarts ini datang dari rakan sekerja husband.Kali ini tempahannya ialah strawberry cheese tarts dan meat tarts.

MEAT TART



Ini lah rupanya meat tarts....

STRAWBERRY CHEESE TARTS


Inilah tempahan strawberry cheese tarts yang terbaru.

Wednesday, June 17, 2009

PANDAN SPONGE KEK

Ini lah rupa pandan sponge cake.

EASY SPONGE CAKE

PANDAN SPONGE CAKE

Di sini kak xana sertakan resipi asas sponge cake daripada Chef Alex Goh yang senang dibuat oleh sesiapa yang berminat.

RESIPI SPONGE CAKE:

Bahan-bahannya:-

250 g. tepung sponge mix
4 biji telur ayam-- gred A
50ml. air
80 g. butter/majerin -- yang dicairkan

Cara-cara Membuatnya:-

1. Letakkan sponge mix dan telur ke dalam mangkuk pengadun.
2. Pukul hingga pekat. Jangan dipukul terlalu lama,sekadar ianya
sebati sahaja.
3. Kemudian,tuangkan air dan pukul adunan sehingga gebu dan
lembut.
4. Setelah itu,tambahkan mentega cair dan adun dengan mengguna
senduk atau spatula.Adun dengan perlahan hingga sebati.
5. Tuangkan ke dalam acuan bulat 8in. atau 9in. Bakar pada suhu
180C selama 30 min.
6. Setelah kek masak,keluarkan serta-merta daripada acuan dan
biar ia sejuk.

NOTA : 1) Acuan kek mesti dilenserkan terlebih dahulu dan oven mesti
dipanaskan pada suhu yang dinyatakan sebelum memulakan proses
membuat kek.
2) Jika ingin kek sponge berperisa boleh lah ditambah 1/2 sudu perasa
yang disukai ke dalam adunan.

Thursday, June 11, 2009

UNDERWATER WORLD


Dalam banyak-banyak tempat yang dilawati rasanya tempat yang paling kami sekeluarga enjoy pergi ialah Underwater World.The best part bila tengok show anjing laut lah...so cute & intelligent!Satu lagi of coz' the penguins!Kami sekeluarga menghabiskan masa di situ hampir 2 1/2 jam juga....Tengok lah gambar-gambar hidupan laut tu...suatu anugerah Tuhan yang amat indah untuk kita umat manusia menikmatinya dan berfikir tentang kebesaran Illahi.

LAGI CERITA LANGKAWI...


Masa kak xana & family bercuti ke sana hari tu ramai sungguh group rombongan ni especially dari Terengganu & Kelantan.Ke mana pergi pun asyik terserempak dengan group depa ni!Tambah-tambah bila pergi ke Kompleks Hj Ismail & Idaman Suri...aduhai...takutnya kak xana tengok dia orang borong pinggan mangkuk Langkawi.Kak xana ni kalau ke sana tu macam biasa lah banyak borong chocolates!Sentuh tentang pinggan mangkuk di Langkawi ni sebenarnya tak lah murah mana pun...you guys out there kena survey banyak kedai & compare harganya dulu baru lah beli.Sebenarnya kebanyakan barang-barang yang sama dengan di tanah besar tu tak murah mana pun...lebih mahal lagi ada la...so,hati-hati ye...Tapi kalau barang tu unik hanya terdapat di Langkawi saja,maka boleh lah dibeli.Same goes to chocolates...if locally made,hmmm...jawabnya mahal dari harga di tanah besar.So,selalunya kak xana beli chocolates yang imported saja dari sana sebab harganya berpatutan.

CUTI-CUTI MALAYSIA


Pada 5-7hb Jun yang lepas kak xana & hubby ambil kesempatan sempena cuti sekolah bawa anak-anak makan angin ke Langkawi.Dah lama juga tak pergi ke sana...walau pun tak jauh mana pun!Banyak juga lah perubahannya...tapi yang pasti suasana Pulau Langkawi sekarang ni tak senyaman dan setenang dahulu dek kerana banyak pembangunan yang moden telah bertapak di sana.Seperti biasa bila pergi ke tempat percutian berpantai,kak xana tak suka sewa hotel-hotel yang mahal cukup sekadar tinggal di chalet yang berpatutan harganya.Pada mulanya nak sewa di Pantai Cenang,tapi lastly decided untuk sewa di kawasan lain pula sebab sebelum ni pun selalu sewa di kawasan ni.Akhirnya kami menyewa di Langkawi Chalet di Penarak.Untungnya bila pergi tanpa booking ni kita boleh tawar-menawar harga chalet...as a result daripada RM180 utk 2 mlm,dapatlah kami menyewa dengan harga RM140 utk 2 mlm.Itu pun kiranya tak ok lagi tu...sebab musim cuti sekolah,depa demand lah...kalau pergi masa bukan peak time hmmm....berapa you all negotiate pun depa bagi...pandai-pandai lah!Itu dari pengalaman kak xana lah...tak caya?cuba la...

Thursday, June 4, 2009

TEMPAHAN CHIFFON


Agak lama juga tak dapat tempahan kek chiffon.Kelmarin seorang customer dari Kulim tempah 2 biji kek chiffon perasa oren & choc.So...ini lah hasilnya...

Monday, June 1, 2009

CUSTARD LAYERED CAKE

Yesterday, my friend from KL made a surprise visit...My very best friend Chon whom I had known for 30 years! Wow!!! Betapa lamanya persahabatan kita since zaman kanak-kanak hingga lah sekarang ye...Thanx for being such a wonderful friend for all these years.Itu lah sahabat sejati...susah untuk ditemui.Anyway, dah jadi rezki kawan kak xana ni...hari tu dia disambut dengan Custard Layered Sponge Cake ! Hmmm...macam terbau je orang jauh nak datang ni..maka terhidang lah kek tersebut untuk dinikmati oleh Chon,hubby & mak mertuanya.Sepatutnya custard tu kak xana nak buat warna purple...tapi tersilap teknik sikit maka jadilah brownish...apa-apa aje lah...warna tak penting ye,asal rasanya betul.