Thursday, June 11, 2009

CUTI-CUTI MALAYSIA


Pada 5-7hb Jun yang lepas kak xana & hubby ambil kesempatan sempena cuti sekolah bawa anak-anak makan angin ke Langkawi.Dah lama juga tak pergi ke sana...walau pun tak jauh mana pun!Banyak juga lah perubahannya...tapi yang pasti suasana Pulau Langkawi sekarang ni tak senyaman dan setenang dahulu dek kerana banyak pembangunan yang moden telah bertapak di sana.Seperti biasa bila pergi ke tempat percutian berpantai,kak xana tak suka sewa hotel-hotel yang mahal cukup sekadar tinggal di chalet yang berpatutan harganya.Pada mulanya nak sewa di Pantai Cenang,tapi lastly decided untuk sewa di kawasan lain pula sebab sebelum ni pun selalu sewa di kawasan ni.Akhirnya kami menyewa di Langkawi Chalet di Penarak.Untungnya bila pergi tanpa booking ni kita boleh tawar-menawar harga chalet...as a result daripada RM180 utk 2 mlm,dapatlah kami menyewa dengan harga RM140 utk 2 mlm.Itu pun kiranya tak ok lagi tu...sebab musim cuti sekolah,depa demand lah...kalau pergi masa bukan peak time hmmm....berapa you all negotiate pun depa bagi...pandai-pandai lah!Itu dari pengalaman kak xana lah...tak caya?cuba la...

No comments:

Post a Comment