Sunday, February 21, 2010

CHIFFON...DAN...CHIFFON



Tempahan kek chiffon kali ini datangnya dari pekerja di Celestica , Kulim Hi-Tech. Semuanya sebanyak 4 biji...3 biji perasa oren dan sebiji lagi perasa pandan. Kesemua kek ini telah kak Xana siapkan pada hari Ahad dan telah diberi kepada tuannya hari ini ( Isnin ). Terima kasih di atas tempahannya ya...semoga berpuas hati dan selamat makan....:))





Purple Sign
glitter graphics
,

Thursday, February 18, 2010

DOOR GIFTS MUFFINS


Beberapa hari ini kak xana agak sibuk menyiapkan tempahan 360 biji muffins perasa vanila dan cokelat untuk dijadikan sebagai door gifts kepada ibubapa yang menghadiri mesyuarat PIBG di SMK Sg. Pasir. Terima kasih kepada Cikgu Zuriana yang juga merupakan sahabat kak xana, di atas kepercayaan yang diberi untuk menyediakan muffins ini. Setiap pek diisikan dengan dua biji muffin perasa vanila dan choc. Maka hasilnya seperti di dalam gambar ini....


muffin perasa vanila dan choc. di dalam paper liner saiz 8 + pek plastik






Purple Sign
glitter graphics
,

Friday, February 5, 2010

HANTARAN KIWI CHEESECAKE


Pada mulanya kiwi cheesecake ini ditempah untuk makan-makan je tanpa sebarang deco....Tapi, last min. tuan empunya kek ini telah ubah fikiran pula untuk dijadikan hantaran pertunangan kakaknya. Oleh kerana semasa tuan kek ubah plan, kak xana dah siapkan cheesecake ini...beliau cuma minta kak xana tuliskan ucapan pertunangan saja....tapi kak xana rasa terlalu plain sangat untuk dijadikan hantaran pertunangan. Jadi, kak xana gunalah apa yang ada dalam stok kak xana masa tu untuk deco kiwi cheesecake ni. Sebab last min. info...kak xana cuma deco simple saja...ala-ala tema garden....Semoga berpuas hati dan terima kasih di atas tempahan.




Kiwi Cheesecake + Kiwi Filling & Topping + Buttercream Deco





Purple Sign
glitter graphics
,