Showing posts with label Resipi. Show all posts
Showing posts with label Resipi. Show all posts

Tuesday, December 18, 2012

DURIAN CREPE






Beberapa hari yang lalu , telah mencuba buat "Durian Crepe" buat pertama kali..hot sangat sekarang ni..jadi nak cuba lah jugak! Tapi, kak Xana tak guna filling fresh cream...sebaliknya guna pastry filling + isi durian. Resipinya:-

DURIAN CREPE...

250g. tepung gandum
3 biji telur ( kalau guna gred A, guna 2 biji shj.)
500ml. santan
1/2 s.teh garam
1 s.teh pes pandan @ warna hijau ( utk. kulit warna hijau)
1 s.teh pewarna kuning ( utk. kulit warna kuning)
--> kalau nak guna warna lain...silakan.

Caranya:-
1. Satukan semua bahan di atas & masukkan ke dlm. blender dan kisar. Kemudian, tapiskan.
2. panaskan non-stick pan dgn api yg kecil.Letak sikit minyak ke atas pan.
3. Tuang satu senduk adunan crepe ke dalam pan.
4. Angkat pan , lenggokkan bulat.
5. Bila dah masak, angkat dgn. perlahan...tak perlu diterbalikkan.
6. Letakkan filling di tengah crepe...lipat half-way (menutupi filling) , separuh bulat...kemudian lipat kiri & kanan dgn kemas dan lipat kan menjadi bentuk 4 segi.
7. Ulang proses di atas hingga adunan habis.

Pastry Filling :-
2 cwn. susu segar @ susu cair
1/2 cwn gula ( boleh dikurangkan)
4 biji kuning telur -- gred A
1 s.teh esen vanila
sedikit garam
6 s.besar tepung jagung
2 s.besar butter

Caranya:-
1. masukkan susu 1/4 dulu + gula ke dlm periuk. Masak dgn api yang kecil hingga sebati.
2. Masukkan kuning telur ...kacau.
3. masukkan esen vanila + garam...kacau sebati.
4. Masukkan tepung jagung susudu dahulu...kacau, kemudian masukkan baki susu dan tepung jagung semuanya serta masukkan juga butter.
5. Kacau sebeti hingga mendidih dan pekat.
6. Tutup api...tukar ke dlm mangkuk , tutup mangkuk dgn cling-wrap.Simpan dlm. peti ais selama 3 jam atau semalaman, baru diguna...

Filling Durian : ambil lebih kurang 400g. isi durian dan lecek.



 

 glitter graphics
Purple Sign

Thursday, October 4, 2012

PUDING KARAMEL


Lama juga kak Xana tak buat puding karamel untuk makan2...memandangkan sekarang ni anak sulung kak Xana sedang cuti semester selama sebulan...maka kak Xana buatkan lah pencuci mulut kegemarannya ni. Sebenarnya, simple jer resipi puding karamel kak Xana ni...Untuk mereka yang ingin mencuba, di sini kak Xana share resipinya ya....
PUDING KARAMEL

5 biji telur ayam - saiz A
1 tin susu pekat manis
1 tin air ( guna tin susu tadi utk. sukat)
4-5 sudu makan gula --> utk. dijadikan gula hangus


Cara Membuatnya : 

* Tuangkan susu pekat manis ke dlm. sebiji mangkuk. Kemudian campurkan 1 tin air ke dalamnya dan dikacau sebati. Ketepikan.

* Di dalam mangkuk yang berasingan,pecahkan telur dan dipukul ( boleh guna mixer) hingga kembang.

* Setelah itu, satukan adunan telur bersama adunan susu tadi, dan kacau sebati. Tapiskan, adunan beberapa kali utk. kurangkan buih dan utk. mendapatkan tekstur yang lebih halus bila puding masak nanati.

* Sementara itu, panaskan acuan di dlm. periuk kukus . Sambil itu , gorengkan gula pada api sederhana hingga menjadi karamel. Angkat, dan cepat2 tuangkan ke dalam acuan di dlm periuk kukus tadi.

* Kemudian, tuangkan adunan puding yang telah ditapis tadi ke dlm. kukusan. Kukus selama lebih kurang 30-40 minit hingga puding masak. Angkat, dan sejukkan puding di dlm. peti sejuk . Setelah sejuk sepenuhnya, bolehlah diterbalikkan puding ke dlm. pinggan.

"SELAMAT MENCUBA"

Purple Sign
glitter graphics
,

Thursday, April 21, 2011

PUDING JAGUNG BERLAPIS



Selongkar-selongkar dapur sambil fikir-fikir nak masak apa petang ni... nampak jagung tin & agar-agar . Ok jugak ni kalau buat puding jagung...lagi pula, kak Xana pun dah lama juga tak buat puding jagung ni. Bila semua bahan-bahan yang diperlukan dah tersedia di depan mata...apa lagi...ON saja lah projek kak Xana petang ni...maka beginilah rupanya Puding Jagung Berlapis dari kak Xana . Untuk sesiapa yang berminat..di sini ada resipinya :-


Bahan-bahannya:-

20 gm agar2 serbuk
200 gm gula halus
1200 ml air
50 gm tpg kastad
100 gm butter --> dicairkan
2 biji telur
130 gm susu segar
1/2 sudu teh pewarna hijau
120 gm jagung tin


Cara-cara Membuatnya:-

1) Agar2 + gula + air disatukan di dlm periuk dan dimasak hingga agar2 hancur.

2) Tpg kastad + butter cair + telur + susu dipukul dlm satu mangkuk hingga sebati.

3) Setelah agar2 hancur sepenuhnya, tapis ke dlm periuk yg lain dan diletakkan kembali ke atas api yg kecil.

4) Kemudian, masukkan adunan kastad ke dlm adunan agar2 dan dikacau hingga pekat.

5) Bahagikan adunan kepada dua : satu diwarnakan hijau & satu lagi dicampurkan jagung ke dlmnya.

6) Tuangkan adunan hijau ke dlm acuan dan biarkan keras sedikit, baru dituangkan adunan jagung ke atasnya. Sejukkan.

SELAMAT MENCUBA!!





Purple Sign
glitter graphics
,

Tuesday, November 24, 2009

SWISS ROLL



Kek gulung atau Swiss Roll ni kak xana buat kelmarin untuk anak bongsu kak xana yang asyik bertanya bila ibunya nak buat kek swiss roll dari sebelum cuti sekolah dulu..sampai sekarang baru nak buat...hmmm..tu la asyik buat kek untuk orang...kadang2 untuk anak sendiri sampai bertangguh-tangguh...tak patut tu...:)



RESIPI SWISS ROLL

Bahan A :-

5 biji kuning telur
50 g gula castor
1/4 s.teh garam
50 ml. minyak jagung
50 ml. santan ( kak xana guna santan kotak je...)
110 g tepung gandum
1/2 s.teh baking powder
sikit pewarna -- jika perlu

Bahan B :-

5 biji putih telur
100 g gula castor
1/4 s.teh cream of tartar

Sebarang jenis jem atau krim untuk sapuan

Cara-cara Membuatnya:-

1. Sediakan acuan swiss roll 12" x 12" yang dilenserkan dan dialas dengan kertas kalis
minyak ---alas seluruh acuan sampai bahagian tepinya.Panaskan oven kepada 175c.

2. Ayak tepung bersama baking powder.Ketepikan.

3.Di dalam sebuah mangkuk,masukkan bahan-bahan A selebihnya dan kacau dengan menggunakan whisk saja untuk sebatikan kuning telur,gula,garam,minyak dan santan.Setelah itu masukkan tepung perlahan-lahan dan kacau hingga sebati. Ketepikan.

4. Didalam mangkuk lain putarkan bahan B dengan mixer hingga kembang dan gebu,bila diangkat mixer,telur putih akan terbentuk peak---macam buat kek chiffon.

5. Kemudian,campurkan adunan B tadi ke dalan adunan A dan gaul perlahan-lahan dengan menggunakan sudip plastik saja...hingga adunan sebati.Jangan digaul terlalu lama.Cukup sekadar adunan tepung dan adunan putih telur sebati.

6. Tuangkan ke dalam acuan swiss roll yang telah disediakan tadi dan ratakan adunan.

7. Letakkan acuan di bahagian tengah oven dan bakar selama lebih kurang 20 - 25 minit.

8. Setelah masak, keluarkan segera kek daripada acuan biarkan dalam 3 minit,kemudian sapukan dengan jem pilihan dan gulung dengan berhati-hati.

9. Sedia untuk dimakan.


Purple Sign
glitter graphics
,

Thursday, October 22, 2009

MUFFINS

STRAWBERRY MUFFINS





Ini lah rupanya bahagian dalam strawberry muffin....


BLUEBERRY MUFFINS






Bahagian dalam blueberry muffin....


Di sini kak Xana postkan beberapa gambar blueberry filling muffins dan strawberry filling muffins yang kak xana buat semalam.Untuk sesiapa yang sedang mencari resipi muffin...sila-sila lah mencuba resipi yang kak xana paparkan di sini.Sebenarnya,resipi muffin ni ada macam-macam versi...resipi di bawah ni pun kak xana dapat melalui laman web di internet yang kak xana dah ubahsuai sedikit.Resipi asal nya guna 2 1/2 cwn. fresh blueberries ,yang telah kak xana tukarkan kepada blueberry filling...


RESIPI :

1/2 cwn marjerin atau butter

1 1/4 cwn gula castor

2 biji telur gred A

1/4 cwn susu segar

2 sudu teh baking powder

1/4 sudu teh garam


2 cwn tepung gandum


Blueberry filling secukupnya ( boleh tukar dengan filling yang digemari...)

2 sudu teh gula perang


CARA MEMBUATNYA :

1. Sediakan acuan muffin dan panaskan oven kepada 180 C.

2. Ayak tepung bersama baking powder dan garam. Ketepikan.

3. Pukul majerin/butter dengan gula hingga sebati dan gebu.

4. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan dipukul hingga sebati.

5. Gaulkan tepung yang telah diayak tadi berselang-seli dengan susu ke dalam adunan butter.Gaulkan secara sedikit-sedikit hingga adunan sebati.

6. Kaupkan sedikit adunan ke dalam acuan muffin,kemudian letakkan blueberry filling ke dalamnya ( ini akan menjadi intinya ) dan tutup filling tu dengan adunan muffin lagi. Setelah itu, letakkan lagi blueberry filling ke atas adunan sebagai topping.Ulangi step ini hingga semua adunan habis.

7. Sebelum dibakar boleh taburkan ke atas setiap muffin dengan sedikit gula perang.Kalau tak suka...boleh skip je step ni.

8. Bakar muffin selama 25 - 30 min. atau sampai masak. Resipi ini menghasilkan lebih kurang 12 - 14 biji muffin bersaiz sederhana.

SELAMAT MENCUBA!!!

Saturday, July 25, 2009

KEK BUTTER



Tempahan daripada Puan Suria ibu kepada rakan sekolah anak sulung kak xana.




















Resipi Kek Butter


250 gm butter
200 gm gula castor
5 biji telur
1/2 sudu kecil esen vanila
210 gm tepung naik sendiri

Cara Membuatnya:

1. Panaskan oven kepada suhu 180C dan lenserkan acuan 7in. x 7in.

2
. Pukul butter dan gula hingga sebati.


3
. Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan sambil dipukul sebati
diantaranya.

4
. Masukkan esen vanila dan dipukul hingga adunan sebati dan gebu.


5
. Masukkan tepung yang telah diayak sedikit-sedikit sambil dikaup balikkan dengan
menggunakan spatula atau senduk kayu hingga adunan sebati.

6
. Tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah dilenserkan tadi dan dibakar selama 50 -
60 minit mengikut kepanasan oven masing-masing.

7.
Setelah kek masak,sejukkan seketika kemudian keluarkan dari acuan dan biar kek sejuk
sepenuhnya.

SELAMAT MENCUBA!

Saturday, July 18, 2009

KEK CHIFFON



Tempahan kek chiffon ini diterima dari rakan sekerja husband.Kek chiffon yang ditempah ialah chiffon pandan,chiffon koko,chiffon cuppucino dan chiffon strawberry.

RESIPI KEK CHIFFON

[A ]

4 biji telur kuning
115 ml. air
85 ml. minyak sayuran
1/4 sudu teh garam
100 gm. gula castor
150 gm. tepung gandum
1 sudu teh baking powder

[B]

4 biji telur putih
90 gm. gula castor
1/8 sudu teh cream of tartar


Cara Membuatnya:-

1) Ayak bersama tepung gandum dan baking powder.
2) Di dalam sebiji mangkuk pengadun satukan telur kuning,gula,minyak
sayuran,air dan garam . Pukul dengan menggunakan wire whisk sehingga
bahan-bahan sebati.Jangan dipukul lama cukup sekadar gula sebati dengan
bahan-bahan lain.
3) Kemudian masukkan tepung yang telah diayak tadi,dan dikacau dengan wire
whisk sehingga tiada ketulan tepung dan semuanya sebati. Ketepikan
sementara.
4) Di dalam bekas lain,pukul putih telur dengan mengguna electric mixer hingga
nampak putih telur mula mengembang.Masukkan gula castor dan cream of
tartar dan dipukul lagi hingga putih telur betul-betul kembang dan menjadi
kental.Uji dengan terbalikkan mangkuk pengadun tersebut.Jika putih telur
tidak jatuh maka adunannya cukup kental.
5) Campurkan adunan A + B dengan mengaupkan adunan putih telur ke dalam
adunan tepung tadi.Kaup-balikkan adunan secara perlahan hingga semuanya
sebati.Di peringkat ini jangan dikaup terlalu lama.Cukup apabila putih telur
bersatu dengan adunan tepung.
6) Tuangkan adunan ke dalam acuan chiffon yang berlubang di tengah seperti di
dalam gambar di bawah tu...acuan jangan dilenser dengan butter/majerin
tau...
7) Bakar di dalam oven yang terlebih dulu telah dipanaskan pada suhu 175C.
selama 35-40 minit di rak paling bawah.
8) Setelah masak,keluarkan dari oven dan segera terbalikkan acuan.Biarkan kek
sejuk dalam keadaan terbalik tu...Keluarkan kek dari acuan apabila kek telah
betul-betul sejuk.

NOTA:
di dalam membuat kek chiffon ni bahan yang paling kritikal ialah putih telurnya...jadi bila mengasingkan putih telur dari kuningnya pastikan jangan ada walau setitik kuning telur masuk ke dalamnya.Mesti pukul putih telur tu sampai betul-betul kembang dan kental.Insyaallah,kek chiffon kita akan jadi lembut.


Ini adalah resipi asas kek chiffon...jadi untuk sesiapa yang nak perasa lain tu hanya tambahkan 1 sudu besar perasa pilihan.Kak xana selalunya guna perasa dalam bentuk paste sebab ianya 2 dalam satu: pewarna + perasa sekali... campurkan masa megadun adunan A.










Wednesday, June 17, 2009

EASY SPONGE CAKE

PANDAN SPONGE CAKE

Di sini kak xana sertakan resipi asas sponge cake daripada Chef Alex Goh yang senang dibuat oleh sesiapa yang berminat.

RESIPI SPONGE CAKE:

Bahan-bahannya:-

250 g. tepung sponge mix
4 biji telur ayam-- gred A
50ml. air
80 g. butter/majerin -- yang dicairkan

Cara-cara Membuatnya:-

1. Letakkan sponge mix dan telur ke dalam mangkuk pengadun.
2. Pukul hingga pekat. Jangan dipukul terlalu lama,sekadar ianya
sebati sahaja.
3. Kemudian,tuangkan air dan pukul adunan sehingga gebu dan
lembut.
4. Setelah itu,tambahkan mentega cair dan adun dengan mengguna
senduk atau spatula.Adun dengan perlahan hingga sebati.
5. Tuangkan ke dalam acuan bulat 8in. atau 9in. Bakar pada suhu
180C selama 30 min.
6. Setelah kek masak,keluarkan serta-merta daripada acuan dan
biar ia sejuk.

NOTA : 1) Acuan kek mesti dilenserkan terlebih dahulu dan oven mesti
dipanaskan pada suhu yang dinyatakan sebelum memulakan proses
membuat kek.
2) Jika ingin kek sponge berperisa boleh lah ditambah 1/2 sudu perasa
yang disukai ke dalam adunan.