Showing posts with label Swiss Roll. Show all posts
Showing posts with label Swiss Roll. Show all posts

Wednesday, January 30, 2013

POLKA DOTS SOUFFLE CHEESE ROLL






Kek gulung polka dots boleh memberi sedikit keceriaan untuk dihidangkan samada di majlis-majlis keraian ataupun sekadar hidangan ketika minum petang bersama keluarga....juga, boleh dijadikan sebagai hantaran perkahwinan atau pertunangan. Salah satu adunan yang terdapat di dalam adunan Souffle Cheese Roll ini ialah creamcheese...yang menjadikan ianya lain daripada swiss roll yang biasa terdapat di pasaran. Sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan , boleh menghubungi kak Xana ya...









glitter graphics
,

Saturday, June 19, 2010

SAMBIL SELAM...MINUM AIR...

Carrot Cake + Creamcheese Frosting yang ditempah oleh Rozie dari Air Hitam...



Sambil menyelam...minum air....Mungkin itu lah yang boleh dikatakan dengan semua tempahan kak xana pada minggu ini....:)) Kebetulan pada hari Jumaat baru-baru ini kak xana pulang ke kampung halaman suami di Perlis. Oleh kerana ramai juga kawan-kawan yang berada di Alor Setar dan Perlis..maka kak xana pun membuat pengumuman kepada sesiapa yang ingin membuat tempahan pada hari itu boleh lah kak xana membuat penghantaran FOC untuk mereka....Ini lah di antara hasil air tangan kak xana untuk mereka yang membuat tempahan itu. Di antaranya ialah Carrot Cake + creamcheese frosting...Choc. Swiss Roll...Butter Cake...Marble Cake dan mini cheese tarts....Terima kasih Rozie, Liza, Shirah & Yus di atas tempahan kalian semua....Semoga berpuas hati hendaknya....:)


Antara tempahan kek & pastry yang diterima pada 18hb. Jun 2010






Purple Sign
glitter graphics
,

Thursday, January 28, 2010

STRAWBERRY SWISS ROLL



Hari ini kak xana telah menyiapkan tempahan daripada seorang cikgu di Sek Keb Petani Jaya. Strawberry Swiss Roll special request dari anaknya yang juga merupakan rakan sedarjah anak kak xana. Swiss Roll ini kak xana sapukan strawberry filling di dalamnya. Swiss roll ini juga telah dipotong siap-siap di atas permintaan pelanggan. Terima kasih cikgu Saedah untuk tempahan ini....semoga berpuas hati.






Purple Sign
glitter graphics
,

Tuesday, January 5, 2010

SWISS ROLL KAYA PANDAN



Swiss roll kaya pandan ini dibuat atas permintaan anak kak xana yang bongsu untuk dijadikan hadiah harijadi kawan dia di sekolah.










Purple Sign
glitter graphics
,

Tuesday, November 24, 2009

SWISS ROLL



Kek gulung atau Swiss Roll ni kak xana buat kelmarin untuk anak bongsu kak xana yang asyik bertanya bila ibunya nak buat kek swiss roll dari sebelum cuti sekolah dulu..sampai sekarang baru nak buat...hmmm..tu la asyik buat kek untuk orang...kadang2 untuk anak sendiri sampai bertangguh-tangguh...tak patut tu...:)



RESIPI SWISS ROLL

Bahan A :-

5 biji kuning telur
50 g gula castor
1/4 s.teh garam
50 ml. minyak jagung
50 ml. santan ( kak xana guna santan kotak je...)
110 g tepung gandum
1/2 s.teh baking powder
sikit pewarna -- jika perlu

Bahan B :-

5 biji putih telur
100 g gula castor
1/4 s.teh cream of tartar

Sebarang jenis jem atau krim untuk sapuan

Cara-cara Membuatnya:-

1. Sediakan acuan swiss roll 12" x 12" yang dilenserkan dan dialas dengan kertas kalis
minyak ---alas seluruh acuan sampai bahagian tepinya.Panaskan oven kepada 175c.

2. Ayak tepung bersama baking powder.Ketepikan.

3.Di dalam sebuah mangkuk,masukkan bahan-bahan A selebihnya dan kacau dengan menggunakan whisk saja untuk sebatikan kuning telur,gula,garam,minyak dan santan.Setelah itu masukkan tepung perlahan-lahan dan kacau hingga sebati. Ketepikan.

4. Didalam mangkuk lain putarkan bahan B dengan mixer hingga kembang dan gebu,bila diangkat mixer,telur putih akan terbentuk peak---macam buat kek chiffon.

5. Kemudian,campurkan adunan B tadi ke dalan adunan A dan gaul perlahan-lahan dengan menggunakan sudip plastik saja...hingga adunan sebati.Jangan digaul terlalu lama.Cukup sekadar adunan tepung dan adunan putih telur sebati.

6. Tuangkan ke dalam acuan swiss roll yang telah disediakan tadi dan ratakan adunan.

7. Letakkan acuan di bahagian tengah oven dan bakar selama lebih kurang 20 - 25 minit.

8. Setelah masak, keluarkan segera kek daripada acuan biarkan dalam 3 minit,kemudian sapukan dengan jem pilihan dan gulung dengan berhati-hati.

9. Sedia untuk dimakan.


Purple Sign
glitter graphics
,