Showing posts with label Sponge Cake. Show all posts
Showing posts with label Sponge Cake. Show all posts

Wednesday, June 17, 2009

PANDAN SPONGE KEK

Ini lah rupa pandan sponge cake.

EASY SPONGE CAKE

PANDAN SPONGE CAKE

Di sini kak xana sertakan resipi asas sponge cake daripada Chef Alex Goh yang senang dibuat oleh sesiapa yang berminat.

RESIPI SPONGE CAKE:

Bahan-bahannya:-

250 g. tepung sponge mix
4 biji telur ayam-- gred A
50ml. air
80 g. butter/majerin -- yang dicairkan

Cara-cara Membuatnya:-

1. Letakkan sponge mix dan telur ke dalam mangkuk pengadun.
2. Pukul hingga pekat. Jangan dipukul terlalu lama,sekadar ianya
sebati sahaja.
3. Kemudian,tuangkan air dan pukul adunan sehingga gebu dan
lembut.
4. Setelah itu,tambahkan mentega cair dan adun dengan mengguna
senduk atau spatula.Adun dengan perlahan hingga sebati.
5. Tuangkan ke dalam acuan bulat 8in. atau 9in. Bakar pada suhu
180C selama 30 min.
6. Setelah kek masak,keluarkan serta-merta daripada acuan dan
biar ia sejuk.

NOTA : 1) Acuan kek mesti dilenserkan terlebih dahulu dan oven mesti
dipanaskan pada suhu yang dinyatakan sebelum memulakan proses
membuat kek.
2) Jika ingin kek sponge berperisa boleh lah ditambah 1/2 sudu perasa
yang disukai ke dalam adunan.

Monday, June 1, 2009

CUSTARD LAYERED CAKE

Yesterday, my friend from KL made a surprise visit...My very best friend Chon whom I had known for 30 years! Wow!!! Betapa lamanya persahabatan kita since zaman kanak-kanak hingga lah sekarang ye...Thanx for being such a wonderful friend for all these years.Itu lah sahabat sejati...susah untuk ditemui.Anyway, dah jadi rezki kawan kak xana ni...hari tu dia disambut dengan Custard Layered Sponge Cake ! Hmmm...macam terbau je orang jauh nak datang ni..maka terhidang lah kek tersebut untuk dinikmati oleh Chon,hubby & mak mertuanya.Sepatutnya custard tu kak xana nak buat warna purple...tapi tersilap teknik sikit maka jadilah brownish...apa-apa aje lah...warna tak penting ye,asal rasanya betul.