Showing posts with label Packaging. Show all posts
Showing posts with label Packaging. Show all posts

Thursday, December 9, 2010

CUPCAKES & BUTTERFLY BOXES








Alhamdulillah...di atas rezki yang tidak putus-putus Allah kurniakan kepada kak Xana tahun ini. Selagi kak Xana mampu terima ...kak Xana akan memenuhi tempahan yang datang. Tetapi ada kala sesetengah tempahan terpaksa kak Xana tolak...terutama kerana last minute order yang mana memang kak Xana tidak dapat memenuhinya, kak Xana minta maaf. Sejak cuti sekolah bermula kak Xana banyak menerima tempahan khas untuk kenduri. Tidak lepas kali ini kak Xana menerima tempahan doorgift sebanyak 400 pek. Pilihan pelanggan ini ialah cupcakes pelbagai rasa yang dipek ke dalam butterfly boxes. Antara perasa cupcakes yang kak Xana buat untuk door gift ini ialah vanila,pandan.strawberry dan oren. Syukur kerana pelanggan kak Xana sangat berpuas hati dengan semua cupcakes ini. Terima kasih kak Noriah di atas tempahan kali ini. Semoga kita dapat terus berurusan lagi di masa hadapan.







Purple Sign
glitter graphics
,

Sunday, May 30, 2010

CHEESE TARTS PELBAGAI RASA


Tempahan kali ini datang dari pelanggan setia kak xana dari Changlun...Terima kasih Yus kerana sentiasa menyokong bznes yang kecil ini dan sentiasa memberi kepercayaan....:) Mini cheese tarts ini sebanyak 80 biji bersaiz 6.23cm yang terdiri daripada 3 rasa : blueberry , strawberry dan kiwi. Oleh kerana semua tarts ini akan dibawa ke Teluk Batik , maka kak xana letakkan ke dalam safety pack with holes supaya keadaan tarts tidak berlaga antara satu sama lain dan pecah...maklum saja lah perjalanan tu jauh....


Ini pula gambar close up ketiga-tiga jenis cheese tarts di dalam safety box...



Ini pula kiwi cheese tarts saiz yang paling kecil iaitu 5cm.





Purple Sign
glitter graphics
,

Thursday, February 18, 2010

DOOR GIFTS MUFFINS


Beberapa hari ini kak xana agak sibuk menyiapkan tempahan 360 biji muffins perasa vanila dan cokelat untuk dijadikan sebagai door gifts kepada ibubapa yang menghadiri mesyuarat PIBG di SMK Sg. Pasir. Terima kasih kepada Cikgu Zuriana yang juga merupakan sahabat kak xana, di atas kepercayaan yang diberi untuk menyediakan muffins ini. Setiap pek diisikan dengan dua biji muffin perasa vanila dan choc. Maka hasilnya seperti di dalam gambar ini....


muffin perasa vanila dan choc. di dalam paper liner saiz 8 + pek plastik






Purple Sign
glitter graphics
,

Saturday, October 31, 2009

PEK BROWNIES

Untuk yang inginkan brownie dipek secara individu di sini kak xana postkan bentuk packaging nya...saiz brownie tu 2.5" x 2.5" dalam transparent pek.



Sesiapa yang berminat untuk dibuat door gift pun boleh...ini gambar salah satunya...simple je dengan customized tag sekali jika suka...




Sunday, July 5, 2009

PEK CUPCAKES

Salah satu cara untuk pek buttercream cuppies ialah dengan menggunakan cupcakes plastic containers seperti dalam gambar-gambar yang kak xana post ni.Cara ini sesuai kalau kita nak edarkan kepada tetamu pada majlis tertentu.Ianya kemas dan juga termasuk dalam kategori budget packaging.Jika ingin diletakkan tags pada pek pun boleh....di Sweet Cuppies kak xana ada menyediakan beberapa jenis tags jika diperlukan.Some other time I'll post the pictures of available personalized tags here.Tunggu je....




Pelbagai cupcakes boleh dipek mengikut citarasa pelanggan.