Showing posts with label Pelbagai Masakan. Show all posts
Showing posts with label Pelbagai Masakan. Show all posts

Thursday, April 21, 2011

PUDING JAGUNG BERLAPIS



Selongkar-selongkar dapur sambil fikir-fikir nak masak apa petang ni... nampak jagung tin & agar-agar . Ok jugak ni kalau buat puding jagung...lagi pula, kak Xana pun dah lama juga tak buat puding jagung ni. Bila semua bahan-bahan yang diperlukan dah tersedia di depan mata...apa lagi...ON saja lah projek kak Xana petang ni...maka beginilah rupanya Puding Jagung Berlapis dari kak Xana . Untuk sesiapa yang berminat..di sini ada resipinya :-


Bahan-bahannya:-

20 gm agar2 serbuk
200 gm gula halus
1200 ml air
50 gm tpg kastad
100 gm butter --> dicairkan
2 biji telur
130 gm susu segar
1/2 sudu teh pewarna hijau
120 gm jagung tin


Cara-cara Membuatnya:-

1) Agar2 + gula + air disatukan di dlm periuk dan dimasak hingga agar2 hancur.

2) Tpg kastad + butter cair + telur + susu dipukul dlm satu mangkuk hingga sebati.

3) Setelah agar2 hancur sepenuhnya, tapis ke dlm periuk yg lain dan diletakkan kembali ke atas api yg kecil.

4) Kemudian, masukkan adunan kastad ke dlm adunan agar2 dan dikacau hingga pekat.

5) Bahagikan adunan kepada dua : satu diwarnakan hijau & satu lagi dicampurkan jagung ke dlmnya.

6) Tuangkan adunan hijau ke dlm acuan dan biarkan keras sedikit, baru dituangkan adunan jagung ke atasnya. Sejukkan.

SELAMAT MENCUBA!!





Purple Sign
glitter graphics
,

Monday, November 23, 2009

NASI TOMATO


Memandangkan sekarang ni musim cuti sekolah...dah tak terkejar ke sana ke mari...maka semangat memasak pun datang membuak-buak lah (he..he..he..).Hari ni menu kak xana ialah nasi tomato dengan lauk sampingannya masak ayam merah. Nasi tomato ni tak guna perencah ready-made tau!! Ni, original dari air tangan sendiri...guna beras basmati lagi... begitu juga dengan lauknya.Hari-hari asyik jamu anak-anak makan nasi putih je...bila dah cuti panjang ni,jamu depa nasi tomato lah pulak kan....


Purple Sign
glitter graphics
,

Wednesday, November 11, 2009

RADIX PASTA

Oh...hari ni kak xana tak bercerita tentang kek ya...sebaliknya tentang pasta.Hujung minggu baru ni kak xana dan sekeluarga berkunjung buat kali kedua ke Radix Pizza House.Seperti kak xana katakan di dalam entry yang lalu..kali ini kak xana cuba pastanya pula! Well...kak xana berpeluang mencuba spaghetti carbonara dan seafood fettucine ( yang ni anak kak xana yang order...). Secara jujur,antara dua ni..kak xana lebih suka spaghetti carbonara.Apa pun sila layar gambar-gambar yang kak xana post ni.Yummy tak?

Spaghetti Carbonara


Seafood Fettucine

Monday, November 9, 2009

BAKED MACARONI & CHEESE


Yummy!! Ini lah salah satu makanan yang kak xana suka...dan dah agak lama juga tak membuatnya...Entah macamana,baru-baru ni teringat lah pula nak buat...makan untuk keluarga je...so jadi lah baked beef macaroni & cheese seperti dalam gambar ni...lagi sedap kalau letak sikit sayur-sayuran spt mushrooms.carrots atau brocolli.Tapi kali ni kena lah buat plain je tanpa sayur sebab anak-anak tak berapa makan sayur-sayur tu...