Showing posts with label Vegan Cake. Show all posts
Showing posts with label Vegan Cake. Show all posts

Monday, October 5, 2009

HANTARAN KEK VEGI

Pada minggu pertama puasa hari tu,kak xana sempat menerima tempahan kek hantaran daripada Mrs. Suria untuk majlis pertunangan saudara beliau di KL. Kalau ikut memang mula je bulan puasa kak xana memang dah tak terima tempahan kek..tapi dah kerana Mrs. Suria dah menempah awal masa sebelum puasa lagi... kak xana kena lah siapkan juga.Beliau menempah kek Vegi yang ditabur dengan badam di atasnya.Oleh kerana Mrs. Suria tak mau kek tu dihias dengan icing atau fondant...kak xana cuma hiaskan dengan ready made sugar flower bouquet je...just a simple one. Terima kasih di atas tempahan...


Sunday, August 2, 2009

VEGAN CAKE




















Beberapa hari yang lalu ada seorang pelanggan yang bertanyakan tentang vegan cake.Sebenarnya kak xana memang ada beberapa resipi vegan cake dalam koleksi kak xana...tapi tak pernah pun cuba membuatnya dan tak termasuk dalam senarai jualan kek kak xana pun.Tapi selepas ni nampak gayanya kak xana kena tambah lah ke dalam senarai tu.Oleh kerana tak pernah try buat kek ni jadi kak xana tak mau lah terus commit kat customer. So, kek ni kak xana buat khas untuk sample rasa buat Puan Suria yang bertanya...Kek ni khas untuk mereka yang vegetarian,adunannya tidak mengandungi telur! Resipi yang kak xana cuba ni pun nampaknya menjadi. Di sini kak xana buat vegan kek dengan topping mixed fruits.Topping boleh dipelbagaikan seperti almonds,walnuts,choc rice dll. Hmmm...tak sia-sia lah cubaan pertama kak xana buat vegan cake ni...menjadi gak!!