Showing posts with label Kek Gitar. Show all posts
Showing posts with label Kek Gitar. Show all posts

Tuesday, October 18, 2011

KEK HARIJADI GITAR







Wah !! Agak lama juga kak Xana tak update blog ni ya....bukan tak mahu bercorak-coret ....tetapi, sejak kebelakangan ini agak sibuk dengan urusan harian yang tak pernah habis...sampai tak berkesempatan nak jenguk ke sini. Apa pun...kita tinggalkan saja kisah kesibukan kak Xana tu...Jom kita layan kisah kek ya...:) Kek kali ini khas untuk anak bujang umur 19thn. yang minat bermain gitar...Jadi, temanya sudah tentu lah gitar kan...gitar elektrik lagi....:)) Kak Xana pilih warna kuning yang nampak ceria....dasar kek ialah kek chocolate moist yang dilepa dgn butter cream , manakala gitarnya pula kek butter yang dibalut dgn soft fondant. Asalnya tali gitar tu memang kak Xana nak buat dgn spaghetti ...tapi, tak jadi sebab saiz spaghetti yang ada di dapur kak Xana agak besar...jadi susah nak lentur...hmmmm...nak tak nak...kak Xana terpaksa buat dgn soft fondant juga lah....janji nampak bentuk gitar...kan? Apa-apa pun....kak Xana ucapkan terima kasih kepada Mas di atas tempahan ini...dan terima kasih kerana sentiasa menyokong perniagaan kak Xana yang tak seberapa ini.




Purple Sign
glitter graphics
,

Saturday, November 6, 2010

KEK GUITAR



Agak gusar juga bila menerima tempahan kek ini...sebab inilah pertama kali kak Xana membuat kek guitar. Syukur lah menjadi....:) Tempahan kek harijadi ini datang daripada kawan kak Xana khas untuk anak perempuannya yang menginginkan kek bentuk guitar...Oleh kerana jemputan tidak ramai,jadi kak Xana cuma buatkan sebiji kek Choc. Moist yang dihiasi dengan buttercream dan sekadar meletak replika guitar eletrik di atasnya. Replika guitar itu sendiri merupakan kek yang telah kak Xana bentukkan menjadi sebuah guitar yang kemudiannya dibalutkan dengan fondant dan dihiasi dengan tali guitar yang kak Xana hasilkan dengan mengguna spaghetti. Syukur...kerana tuan empunya kek ini dan ibunya berpuas hati....terima kasih di atas tempahan yang diterima dan sokongan yang diberi....








Purple Sign
glitter graphics
,