Kek butter berperisa strawberry dengan deco buttercream bertema warna pink-purple ditempah untuk hantaran pertunangan. Corak cornelli berwarna purple ini adalah permintaan khas dari customer...ia memberi efek seolah-olah kain lace di atas kek. Terima kasih Eliza kerana terus memberi sokongan dan kepercayaan kepada kak Xana..semoga berpuas hati dengan kek tersebut.
Bertema pink dan purple....ini adalah tempahan ulangan daripada Eliza dari Sg. Lalang untuk dijadikan hantaran pertunangan. Semoga berpuas hati...terima kasih.
Kek red velvet ini juga merupakan tempahan daripada Eliza ... bersaiz 8in. bulat , kek ini disalut denga creamcheese frosting... semoga berpuas hati hendaknya .
Wahh..!! Agak lama juga kak Xana tak berkesempatan nak update blog ni...agak 'beezee'..:) Entry hari ni agak lewat...tapi, layan jer lah yer... Ni, apom polkadot ladybird yang ditempah oleh customer dari Sg. Lalang...terima kasih Eliza kerana sudi menempah dari kak xana..
Sesiapa berminat untuk membuat tempahan boleh hubungi kak xana untuk details di 016-
Kek Kahwin
Selayang Pandang
Xana's Home Bakery beroperasi di Sg. Petani, Kedah.Berlandaskan "home based business" segala produk yang dihasilkan adalah "freshly baked" dan menggunakan bahan-bahan yang berkualiti.Kepuasan pelanggan adalah keutamaan.