Telah agak lama juga kak Xana tak menerima tempahan kek bertema princess ni...Terima kasih Linda kerana sudi menempah kek princess untuk sambutan harijadi anaknya yang pertama...Amani. Kek yang diminta ialah kek butter bertema princess dengan deco buttercream.
Bertema warna baby blue dan baby pink...kak Xana menerima tempahan chocolate & vanilla muffins dan apom polkadots untuk dijadikan door gift dan kudapan di majlis perkahwinan seorang pelanggan dari Kuala Lumpur. Terima kasih Ms. Tan kerana sudi membuat tempahan daripada kak Xana. Semoga berpuas hati....
Ini lah kali pertama kak Xana terima tempahan kek harijadi tiga biji sekali gus daripada seorang pelanggan dari Kuala Lumpur yang menyambut harijadi anak , ibu & ibu mertua dan bapanya serentak. Kak Xana anggap ini sebagai kek harijadi tiga serangkai ! Kek untuk ibu dan ibu mertua ialah blueberry creamcheese butter cake yang dengan deco fondant. Kek untuk anaknya yang menyambut ulangtahun ke-2 pula ialah kek red velvet dengan creamcheese frosting bertema Upin & Ipin. Akhir sekali kek buat ayahanda yang dikasihi ialah kek chocolate banana....Terima kasih di atas sokongan yang diberi...
Sedikit unik dari segi bentuknya...tempahan ini datangnya dari Sg. Petani...di mana pelanggan ini meminta kak Xana buatkan kek red velvet hantaran yang berbentuk dome dan deco fondant dengan tema warna hijau dan maroon. Terima kasih adik Firdaus di atas tempahan ini ya...
Tempahan apom polkadots kali ini sedikit istimewa sebab ianya tempahan jauh daripada seorang anak yang duduk jauh di perantauan...nun dari Chicago, USA kepada ibunya sebagai hadiah sambutan tahun baru 2014 yang diiringi dengan jambangan bunga. Terima kasih Shuhana di atas tempahan dan kepercayaan yang diberi.
Setelah sekian lama...ini lah kali pertama kak xana memberanikan diri menerima tempahan sulung untuk kek kahwin tiga tingkat (stacked) dengan deco fondant. Alhamdulillah dengan rezki yang dikurniakanNya. Terima kasih kepada customer Muna dari Gurun , Kedah di atas kepercayaan yang diberi.
Pelanggan ini hanya inginkan kek kahwin setingkat sahaja dan simple...kek yang diminta ialah chocolate moist cake yang dihias dengan buttercream bertema peach & hijau.
Agak lama juga blog kak Xana ni bersawang...tak update dek kesuntukan masa...Secara ringkas kak Xana agak sibuk dengan pelbagai urusan sejak November 2013 yang lalu. Post ni pun agak lewat dah...so layan jer lah ye...:) Ini kek hantaran fondant untuk majlis pertunangan yang bertema pink lembut...
Sesiapa berminat untuk membuat tempahan boleh hubungi kak xana untuk details di 016-
Kek Kahwin
Selayang Pandang
Xana's Home Bakery beroperasi di Sg. Petani, Kedah.Berlandaskan "home based business" segala produk yang dihasilkan adalah "freshly baked" dan menggunakan bahan-bahan yang berkualiti.Kepuasan pelanggan adalah keutamaan.