Saturday, October 31, 2009

PEK BROWNIES

Untuk yang inginkan brownie dipek secara individu di sini kak xana postkan bentuk packaging nya...saiz brownie tu 2.5" x 2.5" dalam transparent pek.



Sesiapa yang berminat untuk dibuat door gift pun boleh...ini gambar salah satunya...simple je dengan customized tag sekali jika suka...




BROWNIES

Memperkenalkan produk baru kak xana... brownies. Di sini kak xana postkan salah satunya...iaitu Cupuccino Brownies. Ia merupakan plain brownies dengan cupuccino glaze disapu ke atasnya.Bersaiz 10"x 10" dan boleh juga dipek secara individu. Ikut selera masing-masing lah.Topping pula boleh dipelbagaikan dan kalau yang tak suka topping...boleh ditempah plain saja.







Friday, October 30, 2009

TARTS

Ini last minute order dari seorang customer dari Celestica Kulim yang memang minat makan cheese tarts dan tidak jemu-jemu menempah dari kak xana.Terima kasih di atas tempahan dan sokongan yang diberi...

RADIX PIZZA HOUSE

Ini cerita kak xana dan keluarga menjamu selera di sebuah lagi outlet yang dibuka oleh HPA Industries di Sg Petani..Radix Pizza House. Sedap...dan memuaskan hati lah! Yang pasti..100% HALAL...tanpa rasa was-was.Semalam cuma rasa pizza nya dulu...mungkin dalam masa terdekat ni nak pergi lagi...nak rasa spaghetti pulak.So,layar je lah gambar-gambar yang kak xana sempat snap dengan hp ni...Sori lah tentang kualiti gambar tu ye..



Ni, Hawaiian Tuna Pizza

Ni pula...Satay Pizza


Yang ini favorite anak-anak kak xana...Mushroom Soup..YUMMY!!




Thursday, October 22, 2009

MUFFINS

STRAWBERRY MUFFINS





Ini lah rupanya bahagian dalam strawberry muffin....


BLUEBERRY MUFFINS






Bahagian dalam blueberry muffin....


Di sini kak Xana postkan beberapa gambar blueberry filling muffins dan strawberry filling muffins yang kak xana buat semalam.Untuk sesiapa yang sedang mencari resipi muffin...sila-sila lah mencuba resipi yang kak xana paparkan di sini.Sebenarnya,resipi muffin ni ada macam-macam versi...resipi di bawah ni pun kak xana dapat melalui laman web di internet yang kak xana dah ubahsuai sedikit.Resipi asal nya guna 2 1/2 cwn. fresh blueberries ,yang telah kak xana tukarkan kepada blueberry filling...


RESIPI :

1/2 cwn marjerin atau butter

1 1/4 cwn gula castor

2 biji telur gred A

1/4 cwn susu segar

2 sudu teh baking powder

1/4 sudu teh garam


2 cwn tepung gandum


Blueberry filling secukupnya ( boleh tukar dengan filling yang digemari...)

2 sudu teh gula perang


CARA MEMBUATNYA :

1. Sediakan acuan muffin dan panaskan oven kepada 180 C.

2. Ayak tepung bersama baking powder dan garam. Ketepikan.

3. Pukul majerin/butter dengan gula hingga sebati dan gebu.

4. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan dipukul hingga sebati.

5. Gaulkan tepung yang telah diayak tadi berselang-seli dengan susu ke dalam adunan butter.Gaulkan secara sedikit-sedikit hingga adunan sebati.

6. Kaupkan sedikit adunan ke dalam acuan muffin,kemudian letakkan blueberry filling ke dalamnya ( ini akan menjadi intinya ) dan tutup filling tu dengan adunan muffin lagi. Setelah itu, letakkan lagi blueberry filling ke atas adunan sebagai topping.Ulangi step ini hingga semua adunan habis.

7. Sebelum dibakar boleh taburkan ke atas setiap muffin dengan sedikit gula perang.Kalau tak suka...boleh skip je step ni.

8. Bakar muffin selama 25 - 30 min. atau sampai masak. Resipi ini menghasilkan lebih kurang 12 - 14 biji muffin bersaiz sederhana.

SELAMAT MENCUBA!!!

Monday, October 12, 2009

KEK PELANGI MINT

Kali ini kak xana postkan Kek Pelangi Mint. Kek ini juga adalah permintaan daripada anak kak xana sebagai makan pagi untuk alas perut minggu akhir PMR ni. Hari ni selesai lah sudah peperiksaan untuk anak kak xana ni....setakat hari ni nampaknya anak kak xana dapat menjawab semua kertas periksanya dengan tenang...alhamdulilah. Lepas ni tunggu result je lah...Ok,berbalik kepada cerita kek pelangi kita ni... biasanya memang lah kek pelangi ni perasa vanila je...saja kali ni kak xana letakkan perasa lain.Mulanya anak kak xana ni suruh letak setiap warna dengan perisa yang berlainan,seperti strawberry untuk warna merah & mint untuk warna hijau.Disebabkan strawberry paste kak xana dah habis stok,jadi lah perisa mint saja...Tapi, kak xana rasa kalau letak satu jenis perisa saja lebih sesuai...So, bagi sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan kek pelangi berperisa boleh lah contact kak xana. Harga sama je...

Friday, October 9, 2009

KEK COKELAT



Minggu ini dari 7hb. Okt. hingga 13hb. Okt. rasanya kak xana dan hubby adalah di antara ibubapa yang gelisah dan resah menanti peperiksaan PMR selesai.Anak sulung kak xana adalah di antara yang sedang menghadapi peperiksaan tersebut.Sebagai seorang ibu kak xana sentiasa mendoakan kejayaannya.Sebenarnya kek cokelat ni kak xana buat atas permintaan anak kak xana ni. Dia jenis yang tak boleh makan berat waktu pagi. So, kek cokelat ni lah menjadi alas perut sebelum exam pagi bermula.