Sunday, November 22, 2009

SEMPERIT RAYA HAJI

Semperit ni dibuat untuk Hari Raya Haji yang bakal tiba beberapa hari lagi. Resipi semperit ni masih baru dalam koleksi kak xana dan ini adalah kali pertama kak xana mencubanya. Hasilnya? Wow...amat memuaskan!!Terima kasih kepada Sally dari Sally's Sweet Treats kerana sudi kongsi resipi dengan kak xana. Terima kasih Sally ye...semperit tu memang sedap...anak bongsu kak xana amat suka sekali!!






Purple Sign
glitter graphics
,

Sunday, November 15, 2009

CHOC BANANA CAKE








Hari ni rasa teringin nak makan choc banana cake...so,kak xana buat sebiji untuk makan-makan dan untuk promosi juga...

Wednesday, November 11, 2009

RADIX PASTA

Oh...hari ni kak xana tak bercerita tentang kek ya...sebaliknya tentang pasta.Hujung minggu baru ni kak xana dan sekeluarga berkunjung buat kali kedua ke Radix Pizza House.Seperti kak xana katakan di dalam entry yang lalu..kali ini kak xana cuba pastanya pula! Well...kak xana berpeluang mencuba spaghetti carbonara dan seafood fettucine ( yang ni anak kak xana yang order...). Secara jujur,antara dua ni..kak xana lebih suka spaghetti carbonara.Apa pun sila layar gambar-gambar yang kak xana post ni.Yummy tak?

Spaghetti Carbonara


Seafood Fettucine

Monday, November 9, 2009

CARROT CUPCAKES


Sebenarnya kak xana ni jarang-jarang buat carrot cake ni...selama penglibatan kak xana dalam bznes bakery ni...tak ramai customer dari sini yang minat menempah carrot cake.Kenapa ye? Tapi yang pastinya peminat carrot cake ni lebih kepada selain orang Melayu..mungkin faktor tekak jugak kot...Apa pun,kat sini kak xana postkan beberapa gambar carrot cuppies yang kak xana buat baru-baru ni...



Cuppies ni kak xana frost dengan topping creamcheese dan buah strawberry...


Begini lah rupa bahagian dalam carrot cupcakes ni...



Ini pula gambar carrot cupcakes yang belum disapu topping.

NESTUM CHEESECAKE


Tempahan Nestum Cheesecake ini datangnya daripada customer dari Kulim. Terima kasih di atas tempahan...Untuk mereka yang tidak suka rasa cheese yang banyak, Nestum Cheesecake ini sesuai untuk dicuba...maklumlah tekak orang Melayu ni setengah-setengahnya tak boleh nak terima rasa creamcheese yang rich tu....Layar....


BAKED MACARONI & CHEESE


Yummy!! Ini lah salah satu makanan yang kak xana suka...dan dah agak lama juga tak membuatnya...Entah macamana,baru-baru ni teringat lah pula nak buat...makan untuk keluarga je...so jadi lah baked beef macaroni & cheese seperti dalam gambar ni...lagi sedap kalau letak sikit sayur-sayuran spt mushrooms.carrots atau brocolli.Tapi kali ni kena lah buat plain je tanpa sayur sebab anak-anak tak berapa makan sayur-sayur tu...

Tuesday, November 3, 2009

MINI CHEESECAKE


Semalam ada tempahan 2 biji mini blueberry cheesecake seberat 250 gm. Kadang-kadang ada juga customer yang cuma nak cheesecake bersaiz kecil ni..so,kita layan je la.... disamping tu ada tempahan cheese tarts lagi...