Thursday, December 10, 2009

MENUJU BANGI


Sampai di Bangi waktu tengahari...terus cari tempat penginapan Lanai Hotel yang kak xana tahu melalui carian di internet. Sebenarnya tak booking in advance pun...tapi alhamdulillah,ada bilik kosong...jadi,terus check-in je....Untuk sesiapa yang just nak stay for a short while di Bangi... budget hotel ni amat selesa dengan bilik yang luas dan harga yang rendah...Ini lah gambar bilik tu...Standard Room.



Oleh kerana waktu melawat bagi ibubapa hanya dibenarkan dari pukul 3:00ptg hingga 6:00 ptg...sempat lah kak xana rehat sebentar dan freshen-up badan dulu...So,petang baru pergi jenguk anak kak xana yang masa tu tak berapa sihat...jadi,kak xana pun bawa ke klinik di B.B Bangi tu..kebetulan kena hari Ahad pulak....jenuh jugak lah pusing cari Klinik 24jam. Layar lah gambar-gambar di bawah ni....



Ni gambar anak sulung kak xana di depan kolej penginapan...tu muka orang demam...


Ini pula door gift yang semua peserta Permata Pintar dapat masa Hari Perasmian pada 6hb. Dis. tu...cantik door gift ni....



Dah seminggu makan nasi di kolej...so, selepas bawa anak kak xana ke bilik hotel mandi semua...bawa lah dia makan di kedai mamak yang berhampiran...lupa pulak nama kedai mamak tu...tapi ,masakan kat situ ok juga.Anak kak xana tu kena 2 ketul ayam..lega lah demam kot...yang sorang lagi tu menu dia nasi je...kak xana pula pekena mee goreng mamak ni....


Sedap.....mee mamak & jus carrot susu.



Memasuki terowong Jelapang.......


Keesokan harinya 6hb.Dis. selepas breakfast,kak xana meneruskan perjalanan ke Bangi. Hari tu cuaca mendung dan hujan...



Seperti biasa bila berjalan jauh....hubby mesti berhenti sebentar di mana-mana R&R di sepanjang hi-way tu...biasa lah freshen up sikit...Ini gambar kuih pau kelapa keluaran Al-Ain yang sempat kak xana snap masa kat Hentian Sg. Perak. Sedap tau pau tu...









Purple Sign
glitter graphics

Wednesday, December 9, 2009

SINGGAH TELUK INTAN


Agak lama juga tak update blog ni...bukan apa,kak xana ni agak busy juga dengan rutin harian dan ini pun baru saja balik dari Bangi,melawat anak sulung kak xana yang sedang mengikuti program Permata Pintar selama 3 minggu di UKM. Sambil-sambil tu kak xana ambil kesempatan jalan-jalan lah sikit..sambil merihatkan minda...Sebelum pergi Bangi hari tu kak xana sempat singgah Teluk Intan,bermalam di rumah kakak ipar kak xana di sana tu.Kak xana sampai Teluk Intan lewat petang dah...Malam tu biras kak xana belanja makan di Restoran Mutiara Seafood yang menyajikan masakan ala Thai.Sempat lah juga ambil gambar serba-sikit...tapi gambar tak berapa clear...masa tu battery camera dah low...jadi terpaksa lah guna camera hand phone..pulak tu lupa nak adjust camera mode...maka gelap lah jadi gambarnya....


Antara menu yang di pesan...

Ini pula kami sedang menanti makanan...hmm..gelap betoi gambarnya...






Tuesday, December 1, 2009

WAJAH BARU





Pejam celik, pejam celik...dah masuk bulan Disember ye...dah pun sampai ke penghujung tahun 2009.Begitu pantas sekali rasanya masa berlalu...umur pun ehem!! dah ++ juga...Apa pun,semoga hari-hari yang kita lalui diberkati.Kepada yang sering mengunjungi blog kak xana ni tentu rasa kelainannya kan? Bukan blog lain ye..blog Sweet Cuppies yang dulu juga...cuma telah diberi wajah baru! To freshen up gitu...Semoga blog kak xana ni lebih ceria dan mesra...Dah lama kak xana teringin nak tukar ke 3-column layout untuk blog ni...tapi baru sekarang ni berkesempatan.Dah terlanjur tu terus je tukar "baju" baru...So, ini lah hasilnya...








Purple Sign
glitter graphics
,

Saturday, November 28, 2009

MAKMUR



Ni foto makmur Raya Haji yang terlambat sikit posting....




Purple Sign
glitter graphics
,

Wednesday, November 25, 2009

SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA



KAK XANA DAN KELUARGA MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARIRAYA AIDILADHA BUAT SEMUA PENGUNJUNG MUSLIM.....






Purple Sign
glitter graphics
,

Tuesday, November 24, 2009

SWISS ROLL



Kek gulung atau Swiss Roll ni kak xana buat kelmarin untuk anak bongsu kak xana yang asyik bertanya bila ibunya nak buat kek swiss roll dari sebelum cuti sekolah dulu..sampai sekarang baru nak buat...hmmm..tu la asyik buat kek untuk orang...kadang2 untuk anak sendiri sampai bertangguh-tangguh...tak patut tu...:)



RESIPI SWISS ROLL

Bahan A :-

5 biji kuning telur
50 g gula castor
1/4 s.teh garam
50 ml. minyak jagung
50 ml. santan ( kak xana guna santan kotak je...)
110 g tepung gandum
1/2 s.teh baking powder
sikit pewarna -- jika perlu

Bahan B :-

5 biji putih telur
100 g gula castor
1/4 s.teh cream of tartar

Sebarang jenis jem atau krim untuk sapuan

Cara-cara Membuatnya:-

1. Sediakan acuan swiss roll 12" x 12" yang dilenserkan dan dialas dengan kertas kalis
minyak ---alas seluruh acuan sampai bahagian tepinya.Panaskan oven kepada 175c.

2. Ayak tepung bersama baking powder.Ketepikan.

3.Di dalam sebuah mangkuk,masukkan bahan-bahan A selebihnya dan kacau dengan menggunakan whisk saja untuk sebatikan kuning telur,gula,garam,minyak dan santan.Setelah itu masukkan tepung perlahan-lahan dan kacau hingga sebati. Ketepikan.

4. Didalam mangkuk lain putarkan bahan B dengan mixer hingga kembang dan gebu,bila diangkat mixer,telur putih akan terbentuk peak---macam buat kek chiffon.

5. Kemudian,campurkan adunan B tadi ke dalan adunan A dan gaul perlahan-lahan dengan menggunakan sudip plastik saja...hingga adunan sebati.Jangan digaul terlalu lama.Cukup sekadar adunan tepung dan adunan putih telur sebati.

6. Tuangkan ke dalam acuan swiss roll yang telah disediakan tadi dan ratakan adunan.

7. Letakkan acuan di bahagian tengah oven dan bakar selama lebih kurang 20 - 25 minit.

8. Setelah masak, keluarkan segera kek daripada acuan biarkan dalam 3 minit,kemudian sapukan dengan jem pilihan dan gulung dengan berhati-hati.

9. Sedia untuk dimakan.


Purple Sign
glitter graphics
,

Monday, November 23, 2009

NASI TOMATO


Memandangkan sekarang ni musim cuti sekolah...dah tak terkejar ke sana ke mari...maka semangat memasak pun datang membuak-buak lah (he..he..he..).Hari ni menu kak xana ialah nasi tomato dengan lauk sampingannya masak ayam merah. Nasi tomato ni tak guna perencah ready-made tau!! Ni, original dari air tangan sendiri...guna beras basmati lagi... begitu juga dengan lauknya.Hari-hari asyik jamu anak-anak makan nasi putih je...bila dah cuti panjang ni,jamu depa nasi tomato lah pulak kan....


Purple Sign
glitter graphics
,