Thursday, June 30, 2011

DOOR GIFT CUPPIES




Tempahan cupcakes perasa cokelat ini ialah untuk sebuah majlis pertunangan. Dihiasi dengan buttercream cokelat & bunga gumpaste.










Purple Sign
glitter graphics
,

Monday, June 27, 2011

BISKUT RAYA 2011


CHOCOLATE CRUNCHY ALMOND




CHOCOLATE CHIPS




GOLDEN NESTUM




TAT NYONYA




BISKUT KEJU




TAT NENAS




JEJARI OAT




SHORTBREAD




LONDON ALMOND





Purple Sign
glitter graphics
,

Thursday, April 21, 2011

PUDING JAGUNG BERLAPIS



Selongkar-selongkar dapur sambil fikir-fikir nak masak apa petang ni... nampak jagung tin & agar-agar . Ok jugak ni kalau buat puding jagung...lagi pula, kak Xana pun dah lama juga tak buat puding jagung ni. Bila semua bahan-bahan yang diperlukan dah tersedia di depan mata...apa lagi...ON saja lah projek kak Xana petang ni...maka beginilah rupanya Puding Jagung Berlapis dari kak Xana . Untuk sesiapa yang berminat..di sini ada resipinya :-


Bahan-bahannya:-

20 gm agar2 serbuk
200 gm gula halus
1200 ml air
50 gm tpg kastad
100 gm butter --> dicairkan
2 biji telur
130 gm susu segar
1/2 sudu teh pewarna hijau
120 gm jagung tin


Cara-cara Membuatnya:-

1) Agar2 + gula + air disatukan di dlm periuk dan dimasak hingga agar2 hancur.

2) Tpg kastad + butter cair + telur + susu dipukul dlm satu mangkuk hingga sebati.

3) Setelah agar2 hancur sepenuhnya, tapis ke dlm periuk yg lain dan diletakkan kembali ke atas api yg kecil.

4) Kemudian, masukkan adunan kastad ke dlm adunan agar2 dan dikacau hingga pekat.

5) Bahagikan adunan kepada dua : satu diwarnakan hijau & satu lagi dicampurkan jagung ke dlmnya.

6) Tuangkan adunan hijau ke dlm acuan dan biarkan keras sedikit, baru dituangkan adunan jagung ke atasnya. Sejukkan.

SELAMAT MENCUBA!!





Purple Sign
glitter graphics
,

Sunday, April 3, 2011

KEK PISANG KUKUS





Sekurang-kurangnya dalam tempoh dapur kak Xana menjalani proses pengubahsuaian ini, kak Xana berkesempatan juga untuk mencuba beberapa resipi kek kukus yang ada dalam simpanan kak Xana selama ini. Salah satunya kek pisang kukus ini. Sebelum ini kak Xana cuma menghasilkan kek pisang dengan proses membakar.Kek pisang yang dikukus ini juga tidak kurang enaknya...tekstur kek pun memuaskan hati kak Xana.




Purple Sign
glitter graphics
,

Tuesday, March 29, 2011

APAM DOT DOT



Bila kak Xana blog hopping dari blog ke blog....tertarik betul kak Xana dengan kecomelan dan keceriaan warna apam dot dot ni. Maka terdetik lah di hati kak Xana untuk mencubanya. Sebenarnya, kak Xana sendiri pun tak pernah rasa apam dot dot. Dalam banyak-banyak resipi di internet, kak Xana mencuba resipi dari blog teratakdhia.blogspot.com ....maka inilah hasilnya cubaan pertama kak Xana membuat apam dot dot. Untuk kali ini , kak Xana guna dua jenis inti yang memang dah tersedia ada di rumah ni....filling blueberry & filling strawberry. Rasa-rasanya kalau guna inti kacang merah pun sedap juga untuk apam dot dot ni...mungkin lain kali kak Xana boleh cuba ya...




Purple Sign
glitter graphics
,

Monday, March 14, 2011

CHOC MOIST UTK DUA BERADIK



Tempahan dua biji kek choc. moist kali ini adalah untuk dua beradik yang meraikan majlis harijadi mereka pada hari yang sama. Hiasan kek yang diminta hanya ringkas sahaja. Jadi, untuk kakaknya yang berusia 12 tahun, kak Xana letakkan princess edible image...manakala untuk adik lelakinya yang berusia 10 tahun pula keknya dihias di tengah dengan beberapa kuntuman wafer roses sahaja. " Selamat Hari Lahir " diucapkan buat adik Amirul & Hanis...semoga semua berpuas hati dengan kek choc. moist tu.....:)



Purple Sign
glitter graphics
,

Thursday, February 10, 2011

KEK BOLA

Choc. Moist Cake + buttercream deco + fondant


Sebenarnya ini lah kali pertama kak Xana menerima tempahan untuk kek berbentuk separuh bulat . Acuan khas untuk kek bola ni...memang kak Xana tak ada pun. Jadi, kak Xana guna saja mangkuk aluminium yang ada di rumah kak Xana ni...untuk acuannya. Selebihnya, kena lah kak Xana pandai-pandai membentuknya menjadi bentuk separuh bola semasa mendeko kek ini...:) Semoga tuan empunya kek ini berpuas hati dan terima kasih Mas kerana sudi tempah kek bola ini dari kak Xana...boleh juga kak Xana mengasah lagi bakat dalam bidang dekorasi kek ini....





Purple Sign
glitter graphics
,