Sunday, June 3, 2012

CUPCAKES FONDANT


 
 
 Masih menerima tempahan bertema turqoise...kali ini kak Xana menambah sedikit keceriaan pada warna deco cupcakes hantaran yang ditempah oleh jiran kak Xana ini. Bermain dengan warna biru dan pink,,,memberi kesegaran pada cupcakes hantaran ini. Terima kasih kak Ida di atas tempahan..semoga berpuas hati ya.
 
 
 
 
 
 
  glitter graphics
,

KUDAPAN






Dua jenis cheesetarts , filling strawberry dan blueberry telah ditempah sebagai kudap-kudapan untuk majlis pertunangan. Terima kasih Mas dari Laguna Merbok di atas tempahan ini.

Tuesday, May 22, 2012

SELAMAT BERTUNANG







Lagi....cupcakes hantaran bertema blue turqoise yang ditempah daripada kak Xana sebagai hantaran di hari pertunangan. Memang sah lah warna ini "color of the year" untuk 2012 ni..:) cupcakenya pula kak Xana buatkan perasa oren.Semoga tuan empunya diri yang menempah ini berpuas hati ya. Terima kasih Mas dari Laguna Merbok kerana tidak jemu menempah daripada kak Xana selama ini.

Tuesday, May 15, 2012

PENGUMUMAN !!


PERHATIAN UTK. SEMUA PELANGGAN YANG INGIN MEMBUAT TEMPAHAN DI XANA'S HOME BAKERY....
TARIKH DARI 27HB. - 31HB. MEI , HINGGA 1HB. JUN KAK XANA TIDAK DAPAT MENERIMA SEBARANG ORDER YE...DISIBABKAN DAH FULLY BOOKED!! MAKLUM SAJA LAH KAN...MUSIM KENDURI DAH BERMULA...
SESIAPA YANG INGIN MENEMPAH , SILA BUAT UNTUK TARIKH SELAIN YANG DINYATAKAN.
SEKIAN....TERIMA KASIH.




Purple Sign
glitter graphics
,

Tuesday, May 8, 2012

CUPCAKES HARIAN






Memperkenalkan produk terbaru kak Xana... assorted cupcakes yang boleh didapati setiap hari selagi stok masih ada. Setiap pek mengandungi 4 biji cupcakes dalam dua jenis perisa . Perisa cupcakes ini tak tetap ya....ikut, perisa apa yang dibuat pada hari tersebut dan bergantung pada prinsip " first come, first served" ...maknanya, siapa dulu... dia dapat !!






Purple Sign
glitter graphics
,

Wednesday, May 2, 2012

KEK DRUM




29hb. April, yang lalu adalah hari lahir anak bongsu kak Xana yang ke-14 tahun. Setiap tahun dari hari ulangtahun yang pertama hingga lah mereka dah besar panjang ni...kak Xana sentiasa buatkan untuk anak-anak kak Xana kek harijadi dari hasil air tangan kak Xana sendiri. Kalau dibuka balik album gambar sambutan harijadi anak-anak...macam2 rupa kek yang ada...:)) Anak bongsu kak Xana ni memang minat main alat muzik semenjak remaja ni...jadi, untuk tahun 2012  kak Xana hadiahkan kek fondant bentuk drum lah . Biasanya kak Xana buatkan kek berkrim...tapi, kali ini saja nak buat deco fondant pula.....HAPPY 14TH. BIRTHDAY my son, Haziq....:))





Purple Sign
glitter graphics
,

Wednesday, April 11, 2012

TEMA TURQOISE LAGI...


Nampaknya, tahun ni kak Xana banyak terima tempahan tema warna turqoise lah pulak...Color of the year agaknya...ya? :)) Kali ini customer nak pattern yang sama seperti kak Xana pernah buat sebelum ini...cuma, bezanya customer tak mahu ada apa2 tulisan ucap selamat di atas cuppies. Kak Xana diminta untuk buat semua susunan bunga penuh untuk bahagian tengah cuppies ni.... Semoga berpuas hati di atas cuppies hantaran yang diminta ya..Puan Rusnah dari Taman Petani Jaya...




Purple Sign
glitter graphics
,