Tuesday, July 17, 2012

RAMADHAN AL-MUBARAK









Alhamdulillah...kerana dikurniakan rahmatNya untuk kita terus menambah amalan  di bulan Ramadhan 1433 ini.Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang lepas. Di kesempatan ini kak Xana mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK buat semua pengunjung blog yang beragama Islam. Sama-sama lah kita menjalani ibadah puasa tahun ini dengan sebaik mungkin dan mudah-mudahan segala amalan kita di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini diterima oleh Allah swt...ameen. Kepada rakan-rakan bakers...dan juga rakan-rakan niaga yang lain...Semoga perniagaan anda semua maju jaya!! Hingga ketemu lagi!! salam Ramadhan buat semua...


P/S : KAK XANA TIDAK MENERIMA SEBARANG TEMPAHAN KEK HARIJADI/HANTARAN DI SEPANJANG BLN RAMADHAN INI YA....TEMPAHAN AKAN DIBUKA SEMULA SELEPAS HARIRAYA AIDILFITRI NANTI. HARAP MAKLUM!!





Purple Sign
glitter graphics
,

Sunday, July 15, 2012

DOOR-GIFT CUPCAKES


 

Cupcakes saiz L berperisa cokelat dan vanila yang dihias dengan simple buttercream topping menjadi pilihan sebagai door-gifts untuk majlis kemasyarakatan yang diadakan di salah sebuah masjid di sini. Terima kasih di atas tempahan yang kak xana terima daripada setiausaha masjid tersebut.Semoga berpuas hati hendaknya...:)


 
 
 
 
 
Purple Sign

,

Monday, July 2, 2012

SEMPERIT OREN vs. SEMPERIT STRAWBERRY





Sila...jemput rasa biskut semperit perisa oren & perisa strawberry !! Wahh!! mana-mana pergi sekarang dah mula nampak biskut raya...bulan Ramadhan dah hampir tiba dah ni...bermakna masing-masing juga dah mula sibuk fikir pasal biskut raya juga!! Tapi, semperit ini kak Xana buat untuk keluarga makan saja baru-baru ni...:) Tak ada apa-apa special occasion pun...saja lah teringin nak makan kuih semperit berperisa...Walaubagaimanapun, kalau ada yang berminat nak menempah...tiada halangan...silakan ya...:) 

Sunday, June 3, 2012

MARBLE EFFECT














Ini kali pertama kak Xana cuba buat deco fondant marble effect. Kek fondant ni kak xana buatkan sebagai hantaran perkahwinan adik kak xana baru-baru ini. Sebenarnya, kak xana kesuntukan masa sebab serempak dengan tempahan lain di musim cuti sekolah ni. Jadi, kak xana buatkan deco yang simple saja,,,,tak mau nampak plain sangat...maka kak xana cubalah buatkan fondant marble effect begini...






,

HANTARAN KIWI CHEESECAKE












Terima kasih Faz dari KCS Sg. Petani , di atas tempahan kiwi cheesecake ni ya...Semoga berpuas hati dengan deco untuk hantaran pertunangan.






Purple Sign 
 glitter graphics

,

CUPCAKES FONDANT


 
 
 Masih menerima tempahan bertema turqoise...kali ini kak Xana menambah sedikit keceriaan pada warna deco cupcakes hantaran yang ditempah oleh jiran kak Xana ini. Bermain dengan warna biru dan pink,,,memberi kesegaran pada cupcakes hantaran ini. Terima kasih kak Ida di atas tempahan..semoga berpuas hati ya.
 
 
 
 
 
 
  glitter graphics
,

KUDAPAN






Dua jenis cheesetarts , filling strawberry dan blueberry telah ditempah sebagai kudap-kudapan untuk majlis pertunangan. Terima kasih Mas dari Laguna Merbok di atas tempahan ini.