skip to main |
skip to sidebar
Lama juga kak Xana tak buat puding karamel untuk makan2...memandangkan sekarang ni anak sulung kak Xana sedang cuti semester selama sebulan...maka kak Xana buatkan lah pencuci mulut kegemarannya ni. Sebenarnya, simple jer resipi puding karamel kak Xana ni...Untuk mereka yang ingin mencuba, di sini kak Xana share resipinya ya....
PUDING KARAMEL
5 biji telur ayam - saiz A
1 tin susu pekat manis
1 tin air ( guna tin susu tadi utk. sukat)
4-5 sudu makan gula --> utk. dijadikan gula hangus
Cara Membuatnya :
* Tuangkan susu pekat manis ke dlm. sebiji mangkuk. Kemudian campurkan 1 tin air ke dalamnya dan dikacau sebati. Ketepikan.
* Di dalam mangkuk yang berasingan,pecahkan telur dan dipukul ( boleh guna mixer) hingga kembang.
* Setelah itu, satukan adunan telur bersama adunan susu tadi, dan kacau sebati. Tapiskan, adunan beberapa kali utk. kurangkan buih dan utk. mendapatkan tekstur yang lebih halus bila puding masak nanati.
* Sementara itu, panaskan acuan di dlm. periuk kukus . Sambil itu , gorengkan gula pada api sederhana hingga menjadi karamel. Angkat, dan cepat2 tuangkan ke dalam acuan di dlm periuk kukus tadi.
* Kemudian, tuangkan adunan puding yang telah ditapis tadi ke dlm. kukusan. Kukus selama lebih kurang 30-40 minit hingga puding masak. Angkat, dan sejukkan puding di dlm. peti sejuk . Setelah sejuk sepenuhnya, bolehlah diterbalikkan puding ke dlm. pinggan.
"SELAMAT MENCUBA"

,
Agak lama juga kak Xana tidak menerima tempahan chocolate cheesecake ni...:) Alhamdulillah,masih ada lagi peminatnya dan tempahan kali ini datang dari seorang pelanggan di Kulim.Terima kasih kerana sudi menempah lagi chocolate cheesecake dari kak Xana ya...enjoy!! :))

,
Nampaknya ada lagi pelanggan yang berminat dengan kek harijadi bentuk buku ni...ya. Tempahan kali ini datangnya dari sahabat lama kak Xana yang tinggal di Kuala Nerang...khas untuk sambutan majlis harijadi dua orang anak-anaknya yang lahir dalam bulan yang sama ,September. Untuk harijadi ini, kak Xana buatkan buku yang terbuka dengan ucapan selamat yang dituju kepada dua orang "birthday boy" & "birthday girl". Di dalamnya kak Xana diminta untuk buatkan kek marble. Semoga Shirah sekeluarga berpuas hati dengan kek buku ni....:)
Terima kasih Wani dari Merbok, yang sudi menempah kek fondant 3-D bentuk buku khas utk sambutan harijadi anaknya yang baru nak masuk umur setahun. Semoga berpuas hati dengan kek ni ya...Seperti yang diminta , di dalamnya ialah kek chocolate moist yang disalut dengan fondant dan dibentukkan menjadi sebuah buku yang bewarna lavender bersama tulisan bewarna turqoise,serta diiringi dengan sebatang pen fondant...:)

,
Alhamdulillah...kerana dikurniakan rahmatNya untuk kita terus menambah amalan di bulan Ramadhan 1433 ini.Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang lepas. Di kesempatan ini kak Xana mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK buat semua pengunjung blog yang beragama Islam. Sama-sama lah kita menjalani ibadah puasa tahun ini dengan sebaik mungkin dan mudah-mudahan segala amalan kita di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini diterima oleh Allah swt...ameen. Kepada rakan-rakan bakers...dan juga rakan-rakan niaga yang lain...Semoga perniagaan anda semua maju jaya!! Hingga ketemu lagi!! salam Ramadhan buat semua...
P/S : KAK XANA TIDAK MENERIMA SEBARANG TEMPAHAN KEK HARIJADI/HANTARAN DI SEPANJANG BLN RAMADHAN INI YA....TEMPAHAN AKAN DIBUKA SEMULA SELEPAS HARIRAYA AIDILFITRI NANTI. HARAP MAKLUM!!

,
Cupcakes saiz L berperisa cokelat dan vanila yang dihias dengan simple buttercream topping menjadi pilihan sebagai door-gifts untuk majlis kemasyarakatan yang diadakan di salah sebuah masjid di sini. Terima kasih di atas tempahan yang kak xana terima daripada setiausaha masjid tersebut.Semoga berpuas hati hendaknya...:)
,
Sila...jemput rasa biskut semperit perisa oren & perisa strawberry !! Wahh!! mana-mana pergi sekarang dah mula nampak biskut raya...bulan Ramadhan dah hampir tiba dah ni...bermakna masing-masing juga dah mula sibuk fikir pasal biskut raya juga!! Tapi, semperit ini kak Xana buat untuk keluarga makan saja baru-baru ni...:) Tak ada apa-apa special occasion pun...saja lah teringin nak makan kuih semperit berperisa...Walaubagaimanapun, kalau ada yang berminat nak menempah...tiada halangan...silakan ya...:)