Sunday, February 10, 2013

KULIT TAT

 
 
 


Alhamdulillah...kulit tat bersaiz M (6.23cm) telah selamat berada di tangan yang empunya tuan...sahabat lama kak Xana yang pulang bercuti ke Kedah dari Kuala Lumpur. Satu pek mengandungi 50 biji kulit tat semuanya. Harga mengikut saiz kulit tat yang ditempah iaitu S ( 5.0cm ) ; M ( 6.23cm) dan L (7.0 cm). Sesiapa yang berminat...boleh lah menghubungi kak Xana melalui telefon ya...Terima kasih Azharina kerana sudi menempah dari jauh....:)

APAM POLKA DOT 2013


 Tempahan apam polka dots dari Kuala Nerang, Kedah yang berintikan jem blueberry & strawberry . Terima kasih Shirah...kerana sudi menempah. Semoga berpuas hati.

Wednesday, January 30, 2013

POLKA DOTS SOUFFLE CHEESE ROLL






Kek gulung polka dots boleh memberi sedikit keceriaan untuk dihidangkan samada di majlis-majlis keraian ataupun sekadar hidangan ketika minum petang bersama keluarga....juga, boleh dijadikan sebagai hantaran perkahwinan atau pertunangan. Salah satu adunan yang terdapat di dalam adunan Souffle Cheese Roll ini ialah creamcheese...yang menjadikan ianya lain daripada swiss roll yang biasa terdapat di pasaran. Sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan , boleh menghubungi kak Xana ya...









glitter graphics
,

Monday, January 28, 2013

BLUEBERRY CHEESE TARTS 2013

 
 
Terima kasih kepada Anis dari Sungai Jagung yang menempah blueberry cheese tarts dari Xana's Home Bakery baru-baru ini . Semoga Anis sekeluarga berpuas hati ya...:)

Tuesday, January 8, 2013

HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKES








BARU!!!  Hokkaido Chiffon Cupcakes...dengan pelbagai perasa dan filling. Untuk yang berminat untuk menempah, boleh lah menghubungi kak Xana melalui telefon ya...minimum order ialah sebanyak 10 biji dan harga bergantung pada jenis filling yang dipilih. Di sini kak Xana pamerkan Hokkaido Chiffon cupcakes perasa vanila + filling kastad yang beharga RM2.50 sebiji. Seperti biasa, sila buat tempahan lebih awal daripada tarikh ambil bagi mengelakkan sebarang kesulitan di saat akhir.

glitter graphics
Purple Sign

Monday, January 7, 2013

RED VELVET CUPCAKES


 



Harga Red Velvet Cupcake = RM 3 sebiji
 Min. order   :  16 biji

Rasanya masih belum terlambat lagi untuk kak Xana ucapkan SELAMAT TAHUN 2013 kepada semua pembaca blog Sweet Cuppies ni ya...Ini entry pertama kak Xana untuk tahun 2013, Red Velvet cupcakes. Untuk sesiapa yang berminat untuk menempah , boleh lah hubungi kak Xana di nombor yang tertera di blog ni ya....kalau boleh, hubungi lah kak Xana melalui telefon sebab kak Xana tak buka e-mail hari-hari...jadi, kadang-kadang boleh terlepas pandang tempahan atau pertanyaan mengenai produk bakery di sini...:) 


 
 
 
 

 
glitter graphics
Purple Sign

Tuesday, December 18, 2012

DURIAN CREPE






Beberapa hari yang lalu , telah mencuba buat "Durian Crepe" buat pertama kali..hot sangat sekarang ni..jadi nak cuba lah jugak! Tapi, kak Xana tak guna filling fresh cream...sebaliknya guna pastry filling + isi durian. Resipinya:-

DURIAN CREPE...

250g. tepung gandum
3 biji telur ( kalau guna gred A, guna 2 biji shj.)
500ml. santan
1/2 s.teh garam
1 s.teh pes pandan @ warna hijau ( utk. kulit warna hijau)
1 s.teh pewarna kuning ( utk. kulit warna kuning)
--> kalau nak guna warna lain...silakan.

Caranya:-
1. Satukan semua bahan di atas & masukkan ke dlm. blender dan kisar. Kemudian, tapiskan.
2. panaskan non-stick pan dgn api yg kecil.Letak sikit minyak ke atas pan.
3. Tuang satu senduk adunan crepe ke dalam pan.
4. Angkat pan , lenggokkan bulat.
5. Bila dah masak, angkat dgn. perlahan...tak perlu diterbalikkan.
6. Letakkan filling di tengah crepe...lipat half-way (menutupi filling) , separuh bulat...kemudian lipat kiri & kanan dgn kemas dan lipat kan menjadi bentuk 4 segi.
7. Ulang proses di atas hingga adunan habis.

Pastry Filling :-
2 cwn. susu segar @ susu cair
1/2 cwn gula ( boleh dikurangkan)
4 biji kuning telur -- gred A
1 s.teh esen vanila
sedikit garam
6 s.besar tepung jagung
2 s.besar butter

Caranya:-
1. masukkan susu 1/4 dulu + gula ke dlm periuk. Masak dgn api yang kecil hingga sebati.
2. Masukkan kuning telur ...kacau.
3. masukkan esen vanila + garam...kacau sebati.
4. Masukkan tepung jagung susudu dahulu...kacau, kemudian masukkan baki susu dan tepung jagung semuanya serta masukkan juga butter.
5. Kacau sebeti hingga mendidih dan pekat.
6. Tutup api...tukar ke dlm mangkuk , tutup mangkuk dgn cling-wrap.Simpan dlm. peti ais selama 3 jam atau semalaman, baru diguna...

Filling Durian : ambil lebih kurang 400g. isi durian dan lecek.



 

 glitter graphics
Purple Sign