Ini pula tempahan kek rainbow yang dideko dengan creamcheese frosting yang kak Xana terima baru-baru ini. Empunya kek menempah kek yang istimewa ini khas untuk sambutan hari ulangtahun kedua ibubapa beliau. Warna tema yang diminta ialah ungu dan putih....jadi kak Xana buatkan deko yang bertema "purple ombre". Tulisan untuk ucapan pula dibuat daripada fondant . Terima kasih Sharmiza yang sudi menempah kek daripada kak Xana jauh dari Rawang. Semoga berpuas hati dengan keknya ya....:)
Begini lah rupa kek pelangi sebelum dideko dengan krim keseluruhannya...
Ini tempahan kek yang kak Xana terima sempena PRU13 yang lalu...kek yang ditempah ialah vanilla butter cake yang dideko dengan buttercream & badam. Apa-apa pun...PRU13 yang lalu memang panas !!
Ombre Cake seakan menjadi trend masakini....Perkataan "ombre" itu sendiri membawa maksud warna-warna yang secara perlahan berubah/bergabung dari tona warna terang kepada warna yang pudar/lembut. Kali ini kak Xana tidak membuat kek ombre, tetapi mendeko kek red velvet dengan teknik "swirl ombre". Di sini kak Xana mendeko kek red velvet dengan gabungan 'lemon cream icing' dan 'fondant', khas untuk kek harijadi bertema 'yellow ombre'.
TERIMA KASIH ANIS DARI SG. JAGUNG KERANA MENEMPAH TAT CHOC. HAZELNUTS PRALINE DARIPADA KAK XANA YA...SEMOGA BERPUAS HATI DENGAN TAT TERSEBUT DAN SEMOGA KITA AKAN TERUS BERURUSAN DI MASA-MASA AKAN DATANG...INSYA ALLAH.
Bertemakan warna-warna yang ceria...apom polka-dots kali ini ditempah khas untuk majlis bertunang. Terdiri daripada fillings campuran : blueberry / strawberry / red beans. terima kasih Hetty dari Melaka kerana sudi menempah ya...semoga berpuas hati.
Alhamdulillah...kulit tat bersaiz M (6.23cm) telah selamat berada di tangan yang empunya tuan...sahabat lama kak Xana yang pulang bercuti ke Kedah dari Kuala Lumpur. Satu pek mengandungi 50 biji kulit tat semuanya. Harga mengikut saiz kulit tat yang ditempah iaitu S ( 5.0cm ) ; M ( 6.23cm) dan L (7.0 cm). Sesiapa yang berminat...boleh lah menghubungi kak Xana melalui telefon ya...Terima kasih Azharina kerana sudi menempah dari jauh....:)
Sesiapa berminat untuk membuat tempahan boleh hubungi kak xana untuk details di 016-
Kek Kahwin
Selayang Pandang
Xana's Home Bakery beroperasi di Sg. Petani, Kedah.Berlandaskan "home based business" segala produk yang dihasilkan adalah "freshly baked" dan menggunakan bahan-bahan yang berkualiti.Kepuasan pelanggan adalah keutamaan.