Friday, June 28, 2013

KEK FONDANT KERETA 3-D




Sejujurnya kak Xana memang enjoy sangat mendeko kek fondant 3-D bentuk kereta ni..teruja sangat kerana ini lah kek kereta pertama kak Xana...:) Terima kasih kepada Yana dari Kepala Batas kerana memberi kepercayaan kepada kak Xana untuk membuat kek harijadi kereta ni ya...semoga Yana berpuas hati dengan kek ini. 
Kek yang ditempah ialah chocolate butter kek. Semua bahagian kek ini boleh dimakan...termasuk tayar keretanya yang merupakan biskut mini yang dibalut dan dibentuk dengan fondant. Angka 29 itu juga kak Xana bentukkan dengan adunan biskut tanpa menggunakan sebarang acuan, yang kemudiannya dibakar dan dibalutkan dengan fondant dan diwarnakan dengan pewarna makanan. Manakala spoilernya pula...kak Xana bentukkan daripada beberapa batang spaghetti.



                                                       Pandangan sisi kek.


Pandangan belakang kek.



glitter graphics
Purple Sign

Sunday, June 2, 2013

CUPCAKES HANTARAN PERTUNANGAN


 


Bertemakan warna putih dan ungu...itu lah permintaan daripada pelanggan yang menempah cupcakes hantaran untuk majlis pertunangan kali ini. Cupcakes yang dibuat ialah chocolate butter cake dan deko buttercream roses & tulisan fondant. Terima kasih Zu kerana sudi menempah daripada kak Xana...

 
 
 
  glitter graphics
Purple Sign

,

Wednesday, May 8, 2013

KEK RAINBOW




Ini pula tempahan kek rainbow yang dideko dengan creamcheese frosting yang kak Xana terima baru-baru ini. Empunya kek  menempah kek yang istimewa ini khas untuk sambutan hari ulangtahun kedua ibubapa beliau. Warna tema yang diminta ialah ungu dan putih....jadi kak Xana buatkan deko yang bertema "purple ombre".  Tulisan untuk ucapan pula dibuat daripada fondant . Terima kasih Sharmiza yang sudi menempah kek daripada kak Xana jauh dari Rawang. Semoga berpuas hati dengan keknya ya....:)


Begini lah rupa kek pelangi sebelum dideko dengan krim keseluruhannya...


Purple Sign
glitter graphics
,

TEMPAHAN KEK PRU13

Ini tempahan kek yang kak Xana terima sempena PRU13 yang lalu...kek yang ditempah ialah vanilla butter cake yang dideko dengan buttercream & badam. Apa-apa pun...PRU13 yang lalu memang panas !! 
Purple Sign
glitter graphics
,

Monday, April 29, 2013

OMBRE CAKE



Ombre Cake seakan menjadi trend masakini....Perkataan "ombre" itu sendiri membawa maksud warna-warna yang secara perlahan berubah/bergabung dari tona warna terang kepada warna yang pudar/lembut. Kali ini kak Xana tidak membuat kek ombre, tetapi mendeko kek red velvet dengan teknik "swirl ombre". Di sini kak Xana mendeko kek red velvet dengan gabungan 'lemon cream icing' dan 'fondant', khas untuk kek harijadi  bertema 'yellow ombre'.



Purple Sign
glitter graphics
,

Monday, March 4, 2013

CHOCOLATE HAZELNUTS PRALINE TARTS



  
TERIMA KASIH ANIS DARI SG. JAGUNG KERANA MENEMPAH TAT CHOC. HAZELNUTS PRALINE  DARIPADA KAK XANA YA...SEMOGA BERPUAS HATI DENGAN TAT TERSEBUT DAN SEMOGA KITA AKAN TERUS BERURUSAN DI MASA-MASA AKAN DATANG...INSYA ALLAH.





                                                                   
glitter graphics
Purple Sign

APOM POLKA-DOTS LAGI...

Bertemakan warna-warna yang ceria...apom polka-dots kali ini ditempah khas untuk majlis bertunang. Terdiri daripada fillings campuran : blueberry / strawberry / red beans. terima kasih Hetty dari Melaka kerana sudi menempah ya...semoga berpuas hati.



glitter graphics
Purple Sign