Blueberry cheesecake bersaiz 1/2 kg. yang ditempah oleh seorang pelanggan dari Kulim untuk anaknya. Terima kasih di atas tempahan & sokongan kepada Xana's HomeBakery...
Kek Neapolitan ini adalah tempahan yang kak Xana terima daripada rakan sekerja dulu...permintaannya ialah kek yang pelbagai perisa untuk sambutan harijadi isterinya. Maka... terhasil lah kek Neapolitan ini yang terdiri di dalamnya tiga perisa kek iaitu vanila , cokelat & strawberry yang dilapisi dengan dua jenis filling cream yang berlainan perisa juga di dalamnya.
Beberapa bulan kebelakangan ini boleh dikatakan banyak juga menerima tempahan untuk pelbagai apom polkadots/apom pelangi / apom ladybirds/ apom bumble bees/ apom strawberry... Alhamdulillah & terima kasih kepada pelanggan yang setia menempah di Xana's HomeBakery selama ini...
Rasanya masih belum terlambat lagi ya...untuk kak Xana ucap " SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI" kepada pengunjung-pengunjung blog Sweet Cuppies ni... :) Ini ada lah sebahagian gambar-gambar tempahan biskut Raya yang kak Xana terima dari pelanggan untuk tahun 2015 ini. Layannnn.....
Egg tarts ini ditempah oleh seorang sahabat khas untuk juadah di pagi Raya Aidilfitri baru-baru ini... Terima kasih Nani di atas tempahan ini. Semoga berpuas hati...
Tema "Frozen" masih diminati ramai kanak-kanak....Kek hari jadi Frozen ni ditempah pada hari pertama Ramadhan oleh jiran kak Xana untuk sambutan hari lahir yang pertama anak perempuan beliau yang kebetulan jatuh dalam bulan Ramadhan. Kek yang dipinta ialah kek Chocolate Moist yang dihiasi dengan buttercream dan bertema "Frozen". Terima kasih Azizah... di atas tempahan ini.
Tempahan kek hari jadi Chocolate Moist yang paling ringkas ....per,intaan daripada seorang pelanggan kak Xana. Permintaannya,,,tak perlu sebarang deco....cuma tulisan ucapan " SEMOGA PANJANG UMUR" sahaja di atas kek itu.... :)
Sesiapa berminat untuk membuat tempahan boleh hubungi kak xana untuk details di 016-
Kek Kahwin
Selayang Pandang
Xana's Home Bakery beroperasi di Sg. Petani, Kedah.Berlandaskan "home based business" segala produk yang dihasilkan adalah "freshly baked" dan menggunakan bahan-bahan yang berkualiti.Kepuasan pelanggan adalah keutamaan.