Bertemakan warna kuning-putih... set cupcakes + hiasan buttercream ini ditempah oleh pelanggan dari Kulim , Kedah. Semoga berpuas hati dengan cupcakes ni... :)
Lemon Cheesecake bersaiz 1/2 kg. untuk jamuan bersama keluarga yang ditempah oleh seorang pelanggan dari Sg. Petani yang juga merupakan seorang sahabat lama kak Xana. Terima kasih Nani....
Rainbow cake + creamcheese topping yang ditempah oleh seorang jiran untuk makan-makan bersama keluarga. Terima kasih Su di atas tempahan ini.... semoga berpuas hati.
Blueberry cheesecake bersaiz 1/2 kg. yang ditempah oleh seorang pelanggan dari Kulim untuk anaknya. Terima kasih di atas tempahan & sokongan kepada Xana's HomeBakery...
Kek Neapolitan ini adalah tempahan yang kak Xana terima daripada rakan sekerja dulu...permintaannya ialah kek yang pelbagai perisa untuk sambutan harijadi isterinya. Maka... terhasil lah kek Neapolitan ini yang terdiri di dalamnya tiga perisa kek iaitu vanila , cokelat & strawberry yang dilapisi dengan dua jenis filling cream yang berlainan perisa juga di dalamnya.
Beberapa bulan kebelakangan ini boleh dikatakan banyak juga menerima tempahan untuk pelbagai apom polkadots/apom pelangi / apom ladybirds/ apom bumble bees/ apom strawberry... Alhamdulillah & terima kasih kepada pelanggan yang setia menempah di Xana's HomeBakery selama ini...
Rasanya masih belum terlambat lagi ya...untuk kak Xana ucap " SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI" kepada pengunjung-pengunjung blog Sweet Cuppies ni... :) Ini ada lah sebahagian gambar-gambar tempahan biskut Raya yang kak Xana terima dari pelanggan untuk tahun 2015 ini. Layannnn.....
Sesiapa berminat untuk membuat tempahan boleh hubungi kak xana untuk details di 016-
Kek Kahwin
Selayang Pandang
Xana's Home Bakery beroperasi di Sg. Petani, Kedah.Berlandaskan "home based business" segala produk yang dihasilkan adalah "freshly baked" dan menggunakan bahan-bahan yang berkualiti.Kepuasan pelanggan adalah keutamaan.