Monday, January 31, 2011

KEK NOMBOR 3


Choc. Moist Cake + choc. ganache + buttercream + edible image


Entry kali ini memaparkan kek harijadi chocolate moist nombor 3 seberat 2kg ,yang ditempah oleh seorang pelanggan dari Kulim . Kak Xana hanya menghias kek ini ringkas sahaja...dengan mengguna princess edible image dan buttercream berperisa strawberry. Layan....:))



Purple Sign
glitter graphics
,

Monday, January 17, 2011

CHOC MOIST BIRTHDAY CAKE


Choc moist + choc ganache + buttercream+ strawberry filling + sugarpaste flowers



Atas permintaan pelanggan, deko kek kali ini dibuat lebih kurang tema deko untuk kek harijadi "princess in the garden" dulu...cuma kak xana menggantikan edible image dgn bentuk hati daripada buttercream & strawberry filling, serta rama2 diganti dengan ladybirds sahaja. Terima kasih Ina yang sudi menempah dari kak Xana dan bersusah payah juga datang dari Gurun ke Sg. Petani mengambil kek ini. Semoga berpuas hati dan semoga kita dapat lagi berurusan bersama di masa depan...:)





Purple Sign
glitter graphics
,

Wednesday, January 12, 2011

PEMBERITAHUAN




SALAM UNTUK SEMUA.... SEJAK KEBELAKANGAN INI KAK XANA SERING MENERIMA PANGGILAN DARIPADA MEREKA YANG TINGGAL DI SELANGOR DAN PAHANG ,YANG INGIN MEMBUAT TEMPAHAN. SEBENARNYA KAK XANA BEROPERASI DI KEDAH YA...JADI KAK XANA CUMA DAPAT MELAYANI TEMPAHAN DARIPADA KAWASAN YANG BERHAMPIRAN SAHAJA. MUNGKIN RAMAI YANG TERLEPAS PANDANG...TETAPI, KAK XANA ADA MENYATAKAN LOKASI KAK XANA DI BLOG INI. WALAU BAGAIMANAPUN, KAK XANA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA MEREKA KERANA BERMINAT DENGAN HASIL TANGAN KAK XANA INI....MINTA MAAF KERANA TIDAK DAPAT MELAYANI ANDA ....DEK JARAK YANG MEMISAHKAN KITA...




Purple Sign
glitter graphics
,

Saturday, January 1, 2011

HAPPY 2011

TO ALL MY BLOGGER FRIENDS , FOLLOWERS , DEAREST FRIENDS & RELATIVES...NEAR AND FAR....HAPPY NEW YEAR TO ALL!! MAY 2011 BRINGS HAPPINESS AND SUCCESS .




Purple Sign
glitter graphics
,

Saturday, December 25, 2010

CHOC MOIST BERPAGAR




Umpama pagar-pagar cinta lah pula....hehehe. Hantaran kek choc moist ini juga daripada anak saudara kak Xana...Untuk menonjolkan keenakan cokelat itu sendiri,maka kak Xana tidak sarat menghias kek ini. Cukup sekadar kak Xana hiaskan keliling kek ini dengan pagaran biskut jejari yang dicelupkan dengan cokelat dan diletakkan gugusan bunga sugarpaste di tengahnya. Warna merah bunga-bunga itu dipilih untuk menampakkan kontras. Semoga berpuas hati...dan "SELAMAT PENGANTIN BARU" Yen....





Purple Sign
glitter graphics
,

HANTARAN BUTTERCREAM


Kek butter+buttercream+sugarpaste flower bouquet



Tempahan ini daripada anak saudara kak Xana untuk majlis perkahwinannya yang berlangsung pada cuti Christmas semalam 25 Dec. Permintaannya cuma kek hiasan buttercream yang ringkas...jadi, ini lah hasilnya. Bertemakan warna hitam & merah...kak Xana cuma deco corak cornelli saja di atas kek untuk mendapatkan efek seolah-olah sehelai hamparan lace...:)






Purple Sign
glitter graphics
,

Friday, December 24, 2010

CUPCAKES HANTARAN




Di samping sebiji kek fondant berbentuk hati, kak Xana juga menerima tempahan untuk cupcakes hantaran bersaiz L daripada Juwita. Terima kasih ya...Wita kerana menaruh sepenuh kepercayaan kepada kak Xana dengan tempahan ini. Cupcakes ini juga bertemakan warna goldish brown.





Purple Sign
glitter graphics
,