Wednesday, April 11, 2012

TEMA TURQOISE LAGI...


Nampaknya, tahun ni kak Xana banyak terima tempahan tema warna turqoise lah pulak...Color of the year agaknya...ya? :)) Kali ini customer nak pattern yang sama seperti kak Xana pernah buat sebelum ini...cuma, bezanya customer tak mahu ada apa2 tulisan ucap selamat di atas cuppies. Kak Xana diminta untuk buat semua susunan bunga penuh untuk bahagian tengah cuppies ni.... Semoga berpuas hati di atas cuppies hantaran yang diminta ya..Puan Rusnah dari Taman Petani Jaya...




Purple Sign
glitter graphics
,

Sunday, April 8, 2012

DEVIL'S FOOD CHOC. CAKE


Hari ni...sajalah kak Xana nak letak cerita Devil's Food Chocolate Cake yang kak Xana buat untuk family sendiri makan...:) Sepatutnya, kek ni dibuat layered...tapi, sebab tak mau heavy sangat fillingnya...kak Xana sengaja buat selapis saja. Kalau sesiapa berminat nak order Devil's Food Chocolate Cake ni....boleh lah hubungi kak Xana ya. Kek ni mewah dengan chocolate ganache dan creamcheese sebagai filling. Nak tau harga...boleh klik under pages ( Special Cakes) di sidebar blog Sweet Cuppies ni...:))








Purple Sign
glitter graphics
,

Monday, April 2, 2012

POLKA DOTS PINK-HIJAU



Apam polka dots sebanyak 50 biji, dengan tema pink/hijau yang ditempah oleh customer dari Tmn. Puteri Jaya untuk makan-makan katanya. Semoga berpuas hati dan terima kasih di atas tempahan ini.





Purple Sign
glitter graphics
,

Friday, March 16, 2012

HANTARAN OCEAN BLUE TURQOISE


Terima kasih kak Hawa dari Tmn Ria, Sg. Petani di atas tempahan cupcakes hantaran tema ocean blue turqoise ini. Semoga berpuas hati ya...






Purple Sign
glitter graphics
,

Monday, March 12, 2012

GUBAHAN MANISAN


Untuk yang memerlukan perkhidmatan gubahan hantaran , kak Xana sedia menerimanya....







Purple Sign
glitter graphics

GUBAHAN PELENGKAP DIRI


Ini adalah antara gubahan untuk kelengkapan diri yang kak Xana buat....:)











Purple Sign
glitter graphics

Sunday, February 12, 2012

KEK PIANO



Tempahan kali ini sebenarnya satu tugasan yang mencabar kreativiti kak Xana dalam menghias kek. Inilah kali pertama kak Xana membuat kek piano dari fondant. Tempahan kek piano ini datangya dari returned customer yang pernah beberapa kali menempah kek hantaran dan door gifts. " Assalamu'alaikum...Xana boleh tak buat kek harijadi bentuk piano ? "....itulah soalan pertama yang keluar semasa kak Xana terima panggilan telefon darinya. " hmmm...sebenarnya, saya tak pernah lagi buat kek piano kak...tapi, kalau nak cuba...boleh juga...insyaAllah ", itulah jawapan "berani" yang kak Xana beri...:)) Tak sangka pula...pelanggan ini beri sepenuh kepercayaan kepada kak Xana dan terus membuat tempahan kek piano khas untuk harijadi anaknya ini. kek piano yang diminta bertema hitam & putih...dan anaknya cuma inginkan kek piano yang dihiasi dengan beberapa keratan perkataan sahaja di atasnya. Perkataan-perkataan di atas kek piano itu diberi oleh pelanggan sendiri....jadi, kak Xana ikut saja kemahuannya. Khas untuk kek ini, kak Xana buat dua jenis kek iaitu kek marble dan kek cokelat yang kemudian diukir kepada bentuk piano, dan dibalut serta dihiasi dengan fondant hitam dan putih. Untuk keyboard pula...kak Xana gunakan kepingan hawflakes yang dibalut dengan fondant. Alhamdulillah....cubaan pertama kak Xana ini menjadi, dan pelanggan pun nampaknya sangat berpuas hati...Terima kasih kak Noriah di atas tempahan. :))




Disamping kek piano ini juga , kak Noriah menempah 50 biji cupcakes perasa vanila.



Purple Sign
glitter graphics
,