Sunday, June 3, 2012

MARBLE EFFECT














Ini kali pertama kak Xana cuba buat deco fondant marble effect. Kek fondant ni kak xana buatkan sebagai hantaran perkahwinan adik kak xana baru-baru ini. Sebenarnya, kak xana kesuntukan masa sebab serempak dengan tempahan lain di musim cuti sekolah ni. Jadi, kak xana buatkan deco yang simple saja,,,,tak mau nampak plain sangat...maka kak xana cubalah buatkan fondant marble effect begini...






,

HANTARAN KIWI CHEESECAKE












Terima kasih Faz dari KCS Sg. Petani , di atas tempahan kiwi cheesecake ni ya...Semoga berpuas hati dengan deco untuk hantaran pertunangan.






Purple Sign 
 glitter graphics

,

CUPCAKES FONDANT


 
 
 Masih menerima tempahan bertema turqoise...kali ini kak Xana menambah sedikit keceriaan pada warna deco cupcakes hantaran yang ditempah oleh jiran kak Xana ini. Bermain dengan warna biru dan pink,,,memberi kesegaran pada cupcakes hantaran ini. Terima kasih kak Ida di atas tempahan..semoga berpuas hati ya.
 
 
 
 
 
 
  glitter graphics
,

KUDAPAN






Dua jenis cheesetarts , filling strawberry dan blueberry telah ditempah sebagai kudap-kudapan untuk majlis pertunangan. Terima kasih Mas dari Laguna Merbok di atas tempahan ini.

Tuesday, May 22, 2012

SELAMAT BERTUNANG







Lagi....cupcakes hantaran bertema blue turqoise yang ditempah daripada kak Xana sebagai hantaran di hari pertunangan. Memang sah lah warna ini "color of the year" untuk 2012 ni..:) cupcakenya pula kak Xana buatkan perasa oren.Semoga tuan empunya diri yang menempah ini berpuas hati ya. Terima kasih Mas dari Laguna Merbok kerana tidak jemu menempah daripada kak Xana selama ini.

Tuesday, May 15, 2012

PENGUMUMAN !!


PERHATIAN UTK. SEMUA PELANGGAN YANG INGIN MEMBUAT TEMPAHAN DI XANA'S HOME BAKERY....
TARIKH DARI 27HB. - 31HB. MEI , HINGGA 1HB. JUN KAK XANA TIDAK DAPAT MENERIMA SEBARANG ORDER YE...DISIBABKAN DAH FULLY BOOKED!! MAKLUM SAJA LAH KAN...MUSIM KENDURI DAH BERMULA...
SESIAPA YANG INGIN MENEMPAH , SILA BUAT UNTUK TARIKH SELAIN YANG DINYATAKAN.
SEKIAN....TERIMA KASIH.




Purple Sign
glitter graphics
,

Tuesday, May 8, 2012

CUPCAKES HARIAN






Memperkenalkan produk terbaru kak Xana... assorted cupcakes yang boleh didapati setiap hari selagi stok masih ada. Setiap pek mengandungi 4 biji cupcakes dalam dua jenis perisa . Perisa cupcakes ini tak tetap ya....ikut, perisa apa yang dibuat pada hari tersebut dan bergantung pada prinsip " first come, first served" ...maknanya, siapa dulu... dia dapat !!






Purple Sign
glitter graphics
,