Monday, April 29, 2013

OMBRE CAKE



Ombre Cake seakan menjadi trend masakini....Perkataan "ombre" itu sendiri membawa maksud warna-warna yang secara perlahan berubah/bergabung dari tona warna terang kepada warna yang pudar/lembut. Kali ini kak Xana tidak membuat kek ombre, tetapi mendeko kek red velvet dengan teknik "swirl ombre". Di sini kak Xana mendeko kek red velvet dengan gabungan 'lemon cream icing' dan 'fondant', khas untuk kek harijadi  bertema 'yellow ombre'.



Purple Sign
glitter graphics
,

Monday, March 4, 2013

CHOCOLATE HAZELNUTS PRALINE TARTS



  
TERIMA KASIH ANIS DARI SG. JAGUNG KERANA MENEMPAH TAT CHOC. HAZELNUTS PRALINE  DARIPADA KAK XANA YA...SEMOGA BERPUAS HATI DENGAN TAT TERSEBUT DAN SEMOGA KITA AKAN TERUS BERURUSAN DI MASA-MASA AKAN DATANG...INSYA ALLAH.





                                                                   
glitter graphics
Purple Sign

APOM POLKA-DOTS LAGI...

Bertemakan warna-warna yang ceria...apom polka-dots kali ini ditempah khas untuk majlis bertunang. Terdiri daripada fillings campuran : blueberry / strawberry / red beans. terima kasih Hetty dari Melaka kerana sudi menempah ya...semoga berpuas hati.



glitter graphics
Purple Sign

Wednesday, February 20, 2013

TEMPAHAN KEK CHOCOLATE MOIST




 
Terima kasih Zai dari Sg. Petani di atas tempahan kek chocolate moist tempohari. Harap-harap berpuas hati seperti biasa ya..:)
 
HARGA :
1/2 kg. @ RM20.00
1 kg.   @ RM40.00
 
 
glitter graphics
 Purple Sign

Sunday, February 10, 2013

KULIT TAT

 
 
 


Alhamdulillah...kulit tat bersaiz M (6.23cm) telah selamat berada di tangan yang empunya tuan...sahabat lama kak Xana yang pulang bercuti ke Kedah dari Kuala Lumpur. Satu pek mengandungi 50 biji kulit tat semuanya. Harga mengikut saiz kulit tat yang ditempah iaitu S ( 5.0cm ) ; M ( 6.23cm) dan L (7.0 cm). Sesiapa yang berminat...boleh lah menghubungi kak Xana melalui telefon ya...Terima kasih Azharina kerana sudi menempah dari jauh....:)

APAM POLKA DOT 2013


 Tempahan apam polka dots dari Kuala Nerang, Kedah yang berintikan jem blueberry & strawberry . Terima kasih Shirah...kerana sudi menempah. Semoga berpuas hati.

Wednesday, January 30, 2013

POLKA DOTS SOUFFLE CHEESE ROLL






Kek gulung polka dots boleh memberi sedikit keceriaan untuk dihidangkan samada di majlis-majlis keraian ataupun sekadar hidangan ketika minum petang bersama keluarga....juga, boleh dijadikan sebagai hantaran perkahwinan atau pertunangan. Salah satu adunan yang terdapat di dalam adunan Souffle Cheese Roll ini ialah creamcheese...yang menjadikan ianya lain daripada swiss roll yang biasa terdapat di pasaran. Sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan , boleh menghubungi kak Xana ya...









glitter graphics
,