Wednesday, September 11, 2013

POLKA DOT LAGI....

 

Ini tempahan yang kak Xana terima minggu lepas...daripada dua orang pelanggan yang berlainan. Wani dari Merbok nak warna tema pelangi untuk sambut harijadi anaknya...dan satu lagi warna pilihan kak Xana  ala-ala sweet gitu..oren & hijau lembut, yang ditempah untuk jamuan Hari Raya di SMK Sg. Pasir , Sg. Petani...semoga berpuas hati semua..

 

Purple Sign
glitter graphics

Monday, September 2, 2013

APOM POLKA DOT

 
 
Tempahan apom polka dot daripada pelanggan bernama
Yana dari  KL untuk dihantar kepada ibunya di  Sg. Petani.

 
 
 
Purple Sign


HOKKAIDO CUPCAKES

 
 
 
Tempahan Hokkaido cupcakes dengan filling custard.
 
 
glitter graphics
Purple Sign

Tuesday, August 20, 2013

KEK HANTARAN LOVE

 

 
Bertema pink dan purple...maka terhasil lah kek hantaran fondant bentuk LOVE ini yang dibuat khas untuk majlis pertunangan adik kak Xana pada hari Raya ketiga yang lalu. Deco kek simple dan sweet sahaja. 
 
 
 
 
Purple Sign
 
 glitter graphics

Sunday, August 18, 2013

ΚEK HARIJADI LION


 Kek bersaiz 2kg ini sebenarnya telah ditempah pada hari pertama Ramadhan yang lalu. Tak sempat nak update masa tu sebab maklum sajalah sibuk dengan puasa dan tempahan biskut raya...:) T.kasih puan Andy dari Juru, Seberang Prai kerana sudi menempah dari kak Xana ya. Kek ini ditempah khas untuk sambutan majlis harijadi anak Puan Andy yang pertama...yang disambut bersama-sama anak-anak yatim di Batu 2, Sg. Petani. kek yang diminta ialah vanilla butter cake yang dihiasi dengan chocolate ganache dan topper lion + kereta kegemaran anak beliau.




 
 
 
Purple Sign
 
glitter graphics
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Friday, June 28, 2013

KEK FONDANT KERETA 3-D




Sejujurnya kak Xana memang enjoy sangat mendeko kek fondant 3-D bentuk kereta ni..teruja sangat kerana ini lah kek kereta pertama kak Xana...:) Terima kasih kepada Yana dari Kepala Batas kerana memberi kepercayaan kepada kak Xana untuk membuat kek harijadi kereta ni ya...semoga Yana berpuas hati dengan kek ini. 
Kek yang ditempah ialah chocolate butter kek. Semua bahagian kek ini boleh dimakan...termasuk tayar keretanya yang merupakan biskut mini yang dibalut dan dibentuk dengan fondant. Angka 29 itu juga kak Xana bentukkan dengan adunan biskut tanpa menggunakan sebarang acuan, yang kemudiannya dibakar dan dibalutkan dengan fondant dan diwarnakan dengan pewarna makanan. Manakala spoilernya pula...kak Xana bentukkan daripada beberapa batang spaghetti.



                                                       Pandangan sisi kek.


Pandangan belakang kek.



glitter graphics
Purple Sign

Sunday, June 2, 2013

CUPCAKES HANTARAN PERTUNANGAN


 


Bertemakan warna putih dan ungu...itu lah permintaan daripada pelanggan yang menempah cupcakes hantaran untuk majlis pertunangan kali ini. Cupcakes yang dibuat ialah chocolate butter cake dan deko buttercream roses & tulisan fondant. Terima kasih Zu kerana sudi menempah daripada kak Xana...

 
 
 
  glitter graphics
Purple Sign

,