Friday, October 9, 2009

HANTARAN PERTUNANGAN


Di sini kak xana post beberapa gambar hantaran yang diambil semasa majlis pertunangan adik ipar kak xana pada hari raya ke-3 yang lalu. Tema biru menjadi pilihan untuk hiasan kotak hantaran. Selain daripada buttercream cake,kak xana juga membuat gubahan untuk beberapa hantaran yang lain.Sebenarnya kak xana jadi bidan terjun je...ingat kan adik ipar dah ready gubah lain-lain hantaran..so,kak xana pun buat kek saja lah untuk dia...rupa-rupanya ada yang tak cukup lagi.Memandangkan bakal husbandnya dari Kedah, so kak xana nasihatkan supaya buat hantaran lebih sebab biasanya kalau orang Kedah kata nak bawa 5 buah hantaran... yang datang lebih..Nasib lah jadi bidan terjun..tengok-tengok memang pihak lelaki bawa lebih dari yang dijanjikan pun,dari 5 hantaran dah jadi 9 buah hantaran. Adik ipar kak xana mulanya nak buat 9 buah hantaran je...nasib baik lah akhirnya jadi 11 buah hantaran. Di antara hasil kerja tangan kak xana untuk hantaran tu ialah kuih bahulu,gubahan buah,biskut raya,hakwa kundur dan buah kana. Sebab ini cuma hantaran untuk hari pertunangan..kak xana just buat gubahan yang simple dan cepat je...maklum lah last minute punya kerja...sambar je apa yang ada!! Dalam gambar tu yang mana kak xana label dengan tulisan oren tu...hasil tangan kak xana lah...Seronok bab gubah-menggubah ni!!

No comments:

Post a Comment