Tuesday, October 18, 2011

KEK HARIJADI GITAR







Wah !! Agak lama juga kak Xana tak update blog ni ya....bukan tak mahu bercorak-coret ....tetapi, sejak kebelakangan ini agak sibuk dengan urusan harian yang tak pernah habis...sampai tak berkesempatan nak jenguk ke sini. Apa pun...kita tinggalkan saja kisah kesibukan kak Xana tu...Jom kita layan kisah kek ya...:) Kek kali ini khas untuk anak bujang umur 19thn. yang minat bermain gitar...Jadi, temanya sudah tentu lah gitar kan...gitar elektrik lagi....:)) Kak Xana pilih warna kuning yang nampak ceria....dasar kek ialah kek chocolate moist yang dilepa dgn butter cream , manakala gitarnya pula kek butter yang dibalut dgn soft fondant. Asalnya tali gitar tu memang kak Xana nak buat dgn spaghetti ...tapi, tak jadi sebab saiz spaghetti yang ada di dapur kak Xana agak besar...jadi susah nak lentur...hmmmm...nak tak nak...kak Xana terpaksa buat dgn soft fondant juga lah....janji nampak bentuk gitar...kan? Apa-apa pun....kak Xana ucapkan terima kasih kepada Mas di atas tempahan ini...dan terima kasih kerana sentiasa menyokong perniagaan kak Xana yang tak seberapa ini.




Purple Sign
glitter graphics
,

No comments:

Post a Comment